Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Selasa, 13 Julai 2010

BMW ~ Bukan nama kereta tapi Belum Mandi Wajib

Huhuhu...mungkin budak-budak remaja memang dah tahu mengenai istilah BMW yang membawa maksud Belum Mandi Wajib. Tapi mak ngoh yang tua nih, tidak tahu dan baru tahu tengahari tadi.

Macamana mak ngoh tahu? Sebab tadi tengah mengajar Math di kelas 4A kemudian azan. Jadi mak ngoh berhenti mengajar sekejab. Habis azan, mak ngoh suruh la seorang budak lelaki baca doa selepas azan.

Budak laki tu selamba jawab " BMW, cikgu"
"Erk, apa? " itu jer soalan mak ngoh. Apa ke bendalah BMW tu.
"Cikgu nih. Belum mandi wajib la" jawab kawan-kawan mereka yang lain.

Budak-budak tu dengan muka selamba jer. Jadi mak ngoh suruhlah budak lain tolong ketuai bacaan doa.

Selepas habis baca doa mak ngoh pun tanya lagi budak yang BMW tu " Pelik pulak kamu BMW kenapa? Kalau orang dah kahwin memanglah..ini kamu yang bujang"

Budak-budak dalam kelas tu mula ketawa.

"Alah cikgu, tak sengaja bah cikgu" jawab budak tu.... Makin kuatlah ketawa kawan-kawannya yang lain.

Malas dipanjangkan cerita. Mak ngoh pun sambunglah mengajar. Huhu. Sekian.

Siapa yang BMW tu....sila-silalah MW yer... nak sembahyang kena MW dulu.

2 ulasan:

  1. hehe.. so naughty that student.. budak2 memang macam2 alasan.. hehe

    http://arepizza220.blogspot.com

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!