Mak ngoh ada 2 fon. 1 fon untuk urusan peribadi, 1 lagi untuk kerja. 2 minggu lepas ada ibubapa jumpa mak ngoh minta nombor telefon mak ngoh, kerana ingin bertanya kehadiran anak mereka yang memang suka ponteng sekolah dan setakat hari ni anak mereka tidak hadir lebih 6o hari.
Sejak ibubapa tersebut mendapat nombor mak ngoh, maka asyiklah mereka menelefon tanya ada ke tidak anaknya ke sekolah. Ditakdirkan semalam, telefon untuk urusan kerja kekurangan bateri dan mak ngoh tak perasan pun fon itu telah off. Dalam pukul 10 pagi, baru mak ngoh cuba on balik dan nampak banyak miscol dari ibubapa tersebut dari pukul 8 pagi lagi.
Tapi disebabkan memang tiada bateri, fon tu kembali OFF. Balik sekolah semalam pun, mak ngoh terlupa nak cas bateri telefon tersebut hingga malamnya baru dicas. DAN, bila di ON kan, ada lagi beberapa miscol dari ibubapa pelajar terbabit pada pukul 4 petang sedangkan waktu persekolahan tamat pukul 1.30 petang. Em, disebabkan dah malam, jadi mak ngoh pun tak msg apa-apa. Lagipun anak mereka sudah ke sekolah seperti biasa.
Pagi tadi, sebaik sahaja sampai di sekolah dan belum pun pukul 7 pagi, ibu pelajar tu telefon mak ngoh lagi bertanyakan anaknya datang sekolah ke tidak? Em, persekolahan mula pukul 7 pagi dan ibu pelajar tu telefon sebelum pukul 7 pagi lagi. Manalah mak ngoh tahu anak dia ada datang ke tidak. Tapi, bagi menyenangkan hati dia, mak ngoh pun jawablah "Kalau anak kakak tak datang sekolah, nanti saya akan col atau sms kakak ye. Tapi seminggu dua nih dia dah datang ke sekolah"
Bulan lepas pula, ketika mak ngoh berada di pejabat sekolah...ada seorang ibu pelajar menelefon. Disebabkan semua kerani sedang sibuk, dorang minta mak ngoh tolong jawabkan panggilan tu. Mula-mula ibu pelajar terbabit minta bercakap dengan guru kelas anaknya, tapi kebetulan guru kelas tersebut tiada di sekolah dan sedang berkursus maka tak dapatlah dia bercakap dengan guru kelas. Kemudian, ibu pelajar tu minta mak ngoh tengokkan kehadiran anaknya, sudah berapa hari anaknya tidak hadir? Nasib baik, buku kedatangan pelajar dekat jer dia ruang pejabat yang sama, jadi mak ngoh pun belek buku kedatangan tersebut dan beritahu butir-butir ketidakhadiran anaknya dari awal tahun dan memang anaknya banyak hari tak hadir ke sekolah.
Habis cerita itu, dia tanya pula anaknya datang ke tidak ke sekolah pada hari tu? DAN pada buku kedatangan tu, belum berisi kehadiran pada hari tersebut memandangkan guru kelas mereka tiada di sekolah. Bila mak ngoh beritahu, tak tahu anaknya datang ke tidak pada hari tersebut sebab tiada guru kelas, dia tanya lagi macamana nak pastikan anak hadir ke tidak?
Di sekolah mak ngoh, walaupun guru kelas tak isi di buku rekod, tapi ada satu lagi rekod kehadiran pelajar di dalam kelas yang diisi oleh ketua kelas. Bila mak ngoh jelaskan perkara tu kepada ibu pelajar tu, dia minta mak ngoh panggilkan ketua kelas dan anaknya untuk bercakap di telefon. Bunyinya macam terdesak sangat.
Bila bercakap dengan seorang ibu dengan nada terdesak, mak ngoh tak sampai hati pulak nak biarkan. Jadi mak ngoh pesanlah kepada seorang pelajar minta panggilkan anaknya dan juga ketua kelas.
Tapi, tunggu punya tunggu ketua kelas tak datang, anaknya pun tak datang. Habis tu, mak ngoh nak buat macam lagi kan? Selepas 10 minit, ibu pelajar terbabit telefon lagi dan masih ingin bercakap dengan ketua kelas anaknya. Tapi time tu, kerani yang angkat. Mak ngoh dengar kerani tu kata " Kami tak boleh jelaskan dalam telefon, puan datang sendirilah tengok anak puan dan berbincang dengan PKHEM kalau ada apa-apa masalah"
Fuh, senang jawapan kerani. Kenapalah mak ngoh tak terfikir jawapan macam tu? Tak profesional gak rupanya mak ngoh nih :(
Bila difikir balik , memang betul pun tindakan kerani tu walaupun boleh dikatakan macam tidak memberi kerjasama dengan panggilan telefon ibubapa. Janganlah dibebankan pihak sekolah, anak datang ke tidak ke sekolah. Ibubapa datanglah sendiri tengok ada ke tidak anak di sekolah. Kan lagi bagus. Tidak salah ibubapa buat lawatan mengejut sekali sebulan melihat kehadiran anak sendiri di sekolah.
Sudut Test Mouse Kiri
Entri Popular
Tinggalkan pesanan anda di sini
Rabu, 14 Julai 2010
Macamana nak hadapi ibubapa suka col cikgu tanya anaknya hadir ke tidak ke sekolah?
Diconteng oleh
mak_ngoh_selamoh
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Labels
AFF
(3)
ALLAH
(127)
artis
(30)
award
(2)
bajet 2011
(5)
bencana
(1)
berita
(171)
blog
(33)
bola
(37)
buang bayi
(4)
cerpen
(5)
doa
(6)
ibubapa
(6)
iklan
(7)
ilmu
(34)
istana
(7)
kartun
(4)
kelate
(75)
kemalangan
(6)
kesihatan dan kecantikan
(9)
khidmat masyarakat
(3)
kisah benar
(16)
lain-lain
(5)
lawak
(15)
matematik
(5)
neraka
(5)
pelik
(33)
penderaan
(12)
pendidikan
(131)
penerbangan
(4)
peperiksaan
(9)
pergigian
(1)
peribadi
(87)
Piala Malaysia
(8)
piala presiden 2011
(1)
politik
(3)
prestasi blog
(6)
puasa
(10)
puisi
(4)
resepi
(33)
solat
(13)
sosial
(85)
sukan
(13)
Sukan Asia Guangzhou
(3)
surat pekeliling
(2)
tips dan petua
(31)
tutorial
(1)
video
(15)
lebih baik mcm ni daripada bila terjadi anak tak datang sekolah, ibu bapa salahkan guru kerana dah jd tanggungjawab guru untuk pastikan anak2 mereka ada di sekolah semasa waktu persekolahan berjalan...
BalasPadamtak berlaku pulak di zaman masa aku belajar dulu2. budak2 skrg mmg kurang hajar. ibu-bapa lak lagi2 kurang hajar sebab aper???? tak reti nak didik anak2 sendiri. main lepas tangan kat cikgu sekolah jer semua. kalu berlaku apa2, cepat jer nak buat report polis ler, nak masuk mahkamah ler. aku dulu pun nakal jugak di sekolah. tapi berani buat berani tanggung. nak ponteng sgt, tapi tak cerdik. bodoh + banggang kan?
BalasPadambetul-betul..kalau mak ayah datang melawat mesti best..sebab bukan anak dia je berubah jadi sangat baik,kawan-kawan pon akan jadi baik..nak makan free bila datang rumah la katakan..hehehe
BalasPadamPost Terhangat...
Fuck:Antara Yang Tersurat Dan Tersirat..