Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 11 Julai 2010

Tanam labu labu menjalar, tanam halia halia membisu, tanam cili nampak buahnya, tanam mawar merah menyala...ewah

Apalah tajuk entri mak ngoh ni kan? Merepek merapu ala-ala klasik plak.

Saja mak ngoh nak kenalkan korang dengan pokok2 yang ada depan rumah mak ngoh nih.


Okay, itulah tempat berkebun depan umah mak ngoh. Haha... Sangat terhad. Jadi macam-macam pokok perlu dicampur adukkan sekali di dalam tempat nih. Tanah kosong ada je di depan dan di belakang rumah tapi kami-kami nih malas nak mencangkul. Kami suka tanam dan cangkul juga tangan jer... ahakss



Inilah pokok labu yang sudah mula menjalar. Sebenarnya penanaman pokok labu ini bukan dirancang sama sekali. Haha... Mak ngoh beli buah labu untuk dibuat sira dan bijinya mak ngoh tabur jer dan ditakdirkan hidup la pulak dia. Sekarang pokok labu ini mula nak turun ke bawah mencari tanah untuk dia baring-baring dan menjalar2.


Pokok cili nih macam dah lebih setahun umur dia. Ranting lama dah tua dan mati, tumbuh pulak ranting baru dan berbuah. Bagus betul. Inilah, pokok pun tidak berputus asa untuk hidup kan? Janji diberi peluang dan keperluan.

Sekali lagi gambar pokok labu, tapi nampak tak kawan-kawan labu yang lain tu. Pokok halia. Seingat mak ngoh, pokok halia nih ditanam hujung tahun 2009 time tu kami dah nak bercuti sekolah yang panjang. Disebabkan ada halia lebih di dapur, jadi mak ngoh pun letak jer di dalam tempat ni. Tengok-tengok hidup pulak dia. Senang kan.


ini bunga ros 2 pasu. Satu pasu bunganya warna oren satu pasu bunganya warna merah. Ni kepunyaan housemate mak ngoh. Bukan hak mak ngoh. Tapi kami sama-sama jaga. Sama-sama siram sampai dah terlebih air pokok nih.

Pokok bunga kertas dan pokok labu. Entah nape diuploadkan gambar nih. Tengok jer lah.
Sekian. Jom siram pokok.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~


On Nov 13 Nur haura afeeya commented on resepi kuah laksa lemak kuah laksa
*Assalamualaikum, jom sebarkan berita ni sberapa byk yg mgkin utk membantu org yg memerlukan,...(more)

On Apr 15 Anonymous commented on tukar aliran akaun sebab tak minat ker
Abang@kakak memang betul2 tukar ke???Saya terfikir jgk nk tukar aliran

On Mar 14 Anonymous commented on tukar aliran akaun sebab tak minat ker
Dating for everyone is here: ❤❤❤ Link 1 ❤❤❤ Direct sexchat: ❤❤❤ Link 2 ❤❤❤ NC. .

On Mar 14 Anonymous commented on suami curang dengan sepupu isteri
Dating for everyone is here: ❤❤❤ Link 1 ❤❤❤ Direct sexchat: ❤❤❤ Link 2 ❤❤❤ wO .

On Mar 14 Anonymous commented on mengisi maklumat dalam aplikasi
Dating for everyone is here: ❤❤❤ Link 1 ❤❤❤ Direct sexchat: ❤❤❤ Link 2 ❤❤❤ Xz ..

Get This Recent Comment Widget!