Khatan lelaki memang biasa kita tahu dan lelaki memang wajib berkhatan. Betul tak? Ada tak lelaki yang belum khatam walaupun dah berumur 20 tahun? Kalau ada...sila sila lah pergi berkhatan yer.... (Kalau nak khatan ramai-ramai tunggu time cuti sekolah, join budak sekolah)
Okay, sebelum cerita lanjut, untuk orang yang tidak tahu pun apa itu khatan? Khatan berasal dari akar kata Arab khatana-yakhtanu-khatnan, ertinya memotong. Makna asli kata khitan dalam bahasa Arab adalah bahagian yang dipotong dari kemaluan laki-laki atau perempuan.
Khatan laki-laki disebut juga dengan I‟zar. Sedangkan khatan perempuan disebut juga dengan Khafdh (merendahkan). Secara istilah khatan adalah memotong kulit yang menutupi zakar laki-laki atau memotong kulit yang terdapat di atas kemaluan wanita.
Sekarang yang mak ngoh nak cerita, tentang khatan orang perempuan? Adakah wajib seorang perempuan itu dikhatankan?
Ada 3 fahaman mengenai isu khatan berdasarkan rujukan mak ngoh iaitu -:
a) Khatan itu wajib untuk laki-laki ataupun wanita. Ini adalah pendapat ulama Syafi‟i, Hanbali, dan sebagian ulama Maliki.
Imam Malik berkata, "Barangsiapa tidak berkhitan maka tidak sah menjadi imam dan persaksiannya tidak diterima."
Imam Ahmad, "Tidak boleh dimakan sembelihan orang yang tidak khitan, tidak sah shalat dan hajinya sampai bersuci, dan ini adalah kesempurnaan Islam seseorang."
b) Khatan itu hukumnya adalah sunat, baik bagi laki-laki, maupun wanita. Ini adalah pendapat ulama Hanafi, Imam Malik dan Imam Ahmad.
c) Khatan itu wajib hukumnya bagi laki-laki, sedangkan bagi wanita hanya merupakan suatu kehormatan (makramah/mustahab). Ini pendapat sebagian ulama Maliki, ulama Zhahiry, dan pendapat imam Ahmad.
Ada 2 sabda Rasulullah mengenai khatan iaitu - :
a) Diriwayatkan Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda : ““Ada lima hal yang merupakan fitrah: Khatan, membuang bulu kemaluan, memendekkan kumis, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak”,
yang dimaksud fitrah disini adalah sunat, ertinya khatan itu hukumnya sunat bukan wajib, oleh sebab itu dalam hadis ini Rasulullah saw menyebutnya bersamaan dengan hal-hal yang disunatkan.
b) Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda: “Khatan itu adalah sunnah bagi kaum laki-laki dan kehormatan bagi kaum wanita”.
Zahir Hadis ini menunjukkan bahwa khatan itu tidak wajib, baik bagi laki-laki maupun wanita.
Sebenarnya, apakah tujuan khatan?
a) Bagi lelaki -: tujuannya membersihkan sisa air kencing yang najis yang terdapat pada kulit tutup kepala zakar.
b) Bagi perempuan -:
i) khatan hanyalah untuk mengecilkan dan menstabilkan syahwatnya, yang ini hanyalah untuk mencari sebuah kesempurnaan dan bukan sebuah kewajiban.
ii) supaya lebih bersih
iii) lebih mudah menerima rangsangan.
iv) Khatan dapat membawa kesempurnaan agama kerana khatan itu sunat
v) khatan adalah cara sehat yang memelihara seseorang dari berbagai penyakit.
vi) Khatan membawa kebersihan, keindahan, dan meluruskan syahwat.
Dari Anas bin Malik bahwa Rasulullah SAW bersabda kepada Ummi Athiyyah, salah seorang tukang khatan anak-anak perempuan di Madinah, “ Apabila kamu mengkhifadh, janganlah berlebihan karena yang tidak berlebihan itu akan menambah cantiknya wajah dan lebih menambah kenikmatan dalam berhubungan dengan suami.” (HR.Thabrani, Hadits Hasan)
Pada tahun 1996, Kerajaan Mesir telah mengharamkan khatan bagi anak perempuan atas alasan kesihatan. Kemudian, pada tahun 2009. Menteri Kesihatan Mesir, Hatem al-Gabali mengesahkan perkara itu dan menyatakan itu adalah undang-undang dan peraturan perubatan. Beliau juga telah mengarahkan doktor supaya tidak melaksanakan khatan ke atas budak perempuan.
Ini adalah kerana telah berlaku kes kematian seorang kanak-kanak perempuan, Budour Ahmed Shaker beberapa hari selepas dia menjalani khatan. Namun ibu kepada kanak-kanak tersebut memberitahu, kematian anaknya disebabkan kecuaian doktor bukan sebab khatan.
UNICEF 2005 pula melaporkan 97% wanita Mesir berumur 15 tahun hingga 49 tahun telah berkhatan. Manakala Mufti Ali Gomaa ( Akademi Penyelidikan Islam Al-Azhar) pula melarang khatan kerana bagi beliau amalan tersebut tidak islamik dan dilarang oleh agama.
Iman Besar Al-Azhar, Sheikh Mohammed Sayyed Tantawi dan Pope Shenouda, pemimpin Kristian Mesir berkata tiada ayat dalam al-quran dan Bible mengenai amalan khatan perempuan.
Namun sebenarnya, amalan khatan ini adalah amalan biasa yang dilakukan oleh orang Islam dan orang Kristian pun. Tetapi ada beberapa negara Islam Timur Tengah, Afrika Utara dan Asia Barat yang sudah tidak menjalankan aktiviti khatan.
Bagi negara kita di Malaysia, anak lelaki dan anak perempuan mesti berkhatan. Biasanya anak lelaki di khatan semasa di sekolah rendah manakala anak perempuan semasa masih bayi.
Di kampung mak ngoh, ada seorang mak cik yang bekerja sebagai tukang khatan. Time kecil-kecil dulu, mak ngoh pernah intai dia khatan adik-adik perempuan mak ngoh. Nakal eh.
Mak cik nih pernah bercerita, ada seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun berjumpa dengannya "mokcik, sunnat tu wajib ko?" Dalam bahasa Kelate sunnat itu khatan.
Makcik tu jawab " Yo, kena sunnat, mu tak sunnat lagi ko?"
Kanak-kanak tersebut pun jawab "Mok oyak, kito dop sunnat maso kito kecik. Boleh ko kalau kito nok sunnat loni? Saim-saim kito semuanya sunnat. Kito sore dop sunnat"
Bagus juga budak tu, dia datang menyerah diri untuk berkhatan.
Makcik tu pun jawab "Boleh nok sunnat, tapi keno oyak ko mok dulu. Biar mok tahu mu nok sunnat"
Kemudian, kanak-kanak perempuan tersebut dikhatankan pada hari yang mereka janji. Siap sahaja selepas dikhatankan, kanak-kanak perempuan tersebut berlari laju menuju ke rumahnya kerana malu. Iyelah, budak dah besar.
Mak ngoh pernah dengar orang-orang tua bercerita tentang perempuan yang bernafsu kuat adalah berpunca darinya yang tidak berkhatan. Wallahualam.
Okay, habis dah cerita. Mak ngoh nak turun ke dapur kejab. Buat sarapan. Lapar dah :)
Sudut Test Mouse Kiri
Entri Popular
Tinggalkan pesanan anda di sini
Ahad, 11 Julai 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Labels
AFF
(3)
ALLAH
(127)
artis
(30)
award
(2)
bajet 2011
(5)
bencana
(1)
berita
(171)
blog
(33)
bola
(37)
buang bayi
(4)
cerpen
(5)
doa
(6)
ibubapa
(6)
iklan
(7)
ilmu
(34)
istana
(7)
kartun
(4)
kelate
(75)
kemalangan
(6)
kesihatan dan kecantikan
(9)
khidmat masyarakat
(3)
kisah benar
(16)
lain-lain
(5)
lawak
(15)
matematik
(5)
neraka
(5)
pelik
(33)
penderaan
(12)
pendidikan
(131)
penerbangan
(4)
peperiksaan
(9)
pergigian
(1)
peribadi
(87)
Piala Malaysia
(8)
piala presiden 2011
(1)
politik
(3)
prestasi blog
(6)
puasa
(10)
puisi
(4)
resepi
(33)
solat
(13)
sosial
(85)
sukan
(13)
Sukan Asia Guangzhou
(3)
surat pekeliling
(2)
tips dan petua
(31)
tutorial
(1)
video
(15)
Ulamak Majlis Fatwa Malaysia dah menetapkan WAJIB bagi pompuan bersunat.
BalasPadamhttp://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemotongan-genitalia-wanita-female-genital-mutilation
Khitan bagi wanita dinamakan khafd iaitu merendahkan (Ibnu al-Qayyim: Tuhfatu al-Maudud 106) kerana bahagian yang dipotong itu merendahkan hujung kelentit.Daripada pengertian syarak itu, dapat disimpulkan bahawa khitan bagi perempuan adalah dengan “Memotong Sedikit Hujung Kelentit”. Bahagian yang wajib dipotong adalah hujungnya yang menonjol tinggi daripada faraj, bukan memotong semua sekali.
http://gadisdanwanita.com/2011/02/perempuan-berkhatan-kurangkan-ransangan-seks/
Tertulis kat atas khatan bagi perempuan
BalasPadami) khatan hanyalah untuk mengecilkan dan menstabilkan syahwatnya.
ii) supaya lebih bersih
iii) lebih mudah menerima rangsangan.
Kalau perempuan tu mudah menerima rangsangan, maknanya senang rasa ghairah, so macamama pulak boleh mengecilkan dan menstabilkan syahwatnya.
Tak paham la, boleh mak ngoh terangkan. Khatan yg macammana mak ngoh maksudkan sebab khatan perempuan ni berbagai2 dan ada yg buat syarat aje?