Okay, saja nak berkongsi tips jika adalah orang-orang yang akan ditemuduga untuk kerja atau belajar.
- Semasa hendak masuk ke bilik temuduga janganlah gentar. Buat seperti biasa saja. Kalau anda gentar, makinlah anda menjadi gugup, sejuk suam tubuh badan, berpeluh-peluh dan perut kembung hingga jadi sakit perut. Huhu.
- Jangan main masuk jer bilik temuduga. Masuk setelah dijemput dan beri ucapan ‘selamat pagi/selamat petang’ mengikut pada keadaan waktu, atau ‘assalamualaikum’ sekiranya panel temuduga itu beragama Islam. Perlu beradab.
- Ops, jangan buat-buat mesra alam sangat yer. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak membuat gerakan dahulu. Kalaulah dia hulur tangan nak bersalam, barulah anda sambut. Itu pun kalau dia nak bersalam.
- Bila dah masuk bilik, jangan terus duduk melainkan telah dijemput berbuat demikian. Duduk bila diisyaratkan atau terima ayat "Silakan duduk".
- Apabila disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan.
- Jangan tunjukkan perasaan risau dan gelisah anda dengan main-main dan kutis jari anda.
- Jangan rajinkan diri untuk mengalih keadaan kerusi yang disediakan. Kononnya dan bagi makin dekat dengan penemuduga. Yang penting duduk jer. Jarak kerusi dan penemuduga memang disengajakan untuk test telingan anda. Haha.
- Serahkan dokumen-dokumen berkaitan apabila diminta jer. Jangan serahkan dokumen anda jika penemuduga masih diam atau mereka sibuk dengan kerja mereka.
- Jangan anda meletakkan barang-barang lain, tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga. Itu jika kedudukan kerusi anda berdekatan dengan meja penemuduga.
- Jangan duduk bersilang kaki. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya ke sana sini. Bersilang kaki menampakkan anda angkuh. Tapi mak ngoh pun suka duduk silang kaki. Huhu. Namun, untuk ditemuduga, paksalah diri untuk tidak silang kaki.
- Jangan cuba hendak menjenguk atau membaca surat-surat dan lain-lain kertas yang terdapat di atas meja penemuduga. Kah kah, jangan bersikap ala-ala Shin Chan si kartun tuh. Dalam istilah lain, mind your own bisnesssss.
- Biarkan penemuduga memulakan perbualan. Janganlah pula anda menyibuk dan bertanya si penemuduga "Encik sihat ker?" Haha.
- Pastikan mata bertentang mata. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Dari mata turun ke hati, ewah. Tapi janganlah kenyit mata pula mengorat si penemuduga tu.
- Jangan menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Jawablah setiap soalan yang ditanya dengan terang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang diberi itu hendaklah tepat dan jangan bercakap panjang lebar perkara yang tidak berkaitan. Ibarat kata pepatah, jangan mengarut ke tempat lain.
- Jangan sekali-kali menggunakan bahasa kasar dan bahasa pasar. Bercakaplah dengan penuh rasa yakin dan tenang.
- Gunakan ganti nama seperti tuan atau puan pada orang yang menemuduga dari semasa ke semasa, tetapi jangan selalu sangat menggunakannya pulak. Apabila menyebut nama seseorang gunakan gelaran yang terdapat pada nama orang tersebut seperti Tuan or Tan Seri or Dato’ or Dato’ Seri or Tuan or Puan or Encik dan sebagainya.
- Anda haruslah sentiasa bersopan santun biarpun ada ketikanya soalan yang dikemukakan mungkin mencabar anda. Perkara semacam ini selalunya disengajakan untuk melihat sejauhmana anda akan bertindak terhadap keadaan atau situasi yang menekan. Ada kawan mak ngoh cerita masa dia ditemuduga untuk SPP penemuduga tu kata "Anda bodoh". Jika difikirkan balik, tujuannya untuk tengok sejauhmana tindakan kawan mak ngoh dan menguji kawalan emosi. Biasalah, nak jadi cikgu kena pandai kawal emosi.
- Jangan cuba meneka soalan yang ingin ditanya ketika anda sudah di bilik temuduga. Tekaan anda mungkin menyebabkan anda hilang tumpuan terhadap soalan yang dikemukakan. Tumpukan perhatian pada setiap soalan dan beri jawapan atau tindakbalas yang tepat dan sempurna.
- Cuba kembangkan perbincangan pada tajuk dan hal yang menarik perhatian penemuduga, tetapi bersedialah membatasi mana-mana yang dirasakan tidak menarik perhatian mereka. Berikan info terkini dan canggih untuk menunjukkan anda ada membuat ulangkaji.
- Jangan jerat diri sendiri point yang anda sendiri tidak dapat terangkan. Betul nih. Mungkin anda mampu berikan point itu tapi bila nak diberikan bukti atau penerangan lanjut, anda akan terkedu, terbuntu dan terdiam.
- Anda mestilah bersedia dan berwaspada pada setiap ketika. Hujahkan satu-satu ‘point’ itu dengan penuh semangat.
- Jangan sekadar menjawab Ya atau Tidak sahaja. Cuba kembangkan jawapan "ya" atau "tidak" anda dengan sebab musabab yang munasabah.
- Jika anda tidak tahu jawapan kepada sesuatu soalan, jangan cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja kerana ini nanti akan melemahkan peluang anda. Sebaik-baiknya anda berterus terang yang anda tidak tahu jawapan bagi soalan berkenaan. Berterus-terang dan jujur adalah sikap baik yang ingin dilihat oleh penemuduga.
- Jangan menguyah sesuatu semasa temuduga sedang berjalan. Itu menunjukkan sikap kurang ajar. Erk, kalau mak ngoh yang jadi penemuduga dan orang yang ditemuduga pulak duk menguyah...alamatnya mak ngoh kata "silakan keluar, sekarang" Huhuhu.
- Jangan sekali-kali cuba menyampuk semasa penemuduga sedang bercakap atau berbincang sesuatu di antara mereka.
- Minta penjelasan sekiranya anda tidak begitu faham pada soalan-soalan tertentu. Ya, tak salah kalau kata "Maaf encik, boleh tak ulang kembali soalan tadi?"
- Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga, persekolahan, kegemaran selain dari pilihan kerjaya dan pengajian anda jika ditanya. Susunankan perjalanan hidup anda dengan kronologi yang menarik.
- Jangan bercakap berlebihan dan yang tidak sepatutnya. Jangan pula berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga. Penemuduga bukan tempat untuk mengadu.
- Jangan menyeterui para penemuduga dengan sifat angkuh atau sifat tidak acuh yang anda tunjukkan.
- Makanlah rojak! tapi jangan gunakan bahasa rojak. Gunakan satu-satu bahasa tanpa campur-aduk dengan bahasa lain. Sebagai contoh jangan gunakan, "I fikir problem ini tidak dapat diselesaikan"..... "Problem ini begitu complicatedlah"...."I'm not sure lah tentang benda nih".
- Sekiranya disoal dalam Bahasa Melayu, jawablah dalam Bahassa Melayu dan sekiranya disoal dalam Bahasa Inggeris, anda perlulah pula menjawab dalam Bahasa Inggeris.
- Cuba jawab semua soalan dengan tenang. Jangan cuba menengking penemuduga. Mungkin soalan itu mudah dan tidak berkaitan. Umpamanya jika ditanya berapa orang calon sedang menunggu di luar, itu tidak ada kaitan dengan pilihan kerjaya anda. Tujuan soalan sedemikian dikemukakan ialah untuk melihat sama ada anda ‘observant’ atau tidak.
- Ingat, diri anda disoal dan bukan anda yang menyoal. Jangan pula tanya "Dah lama ker encik kerja di syarikat nih? ATAU "Berapa tahun dah pengalaman encik?" ERK TERBALIK kan tu...
- Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga. Jangan sesekali kata "Erk encik, banyak dah banyak tanya soalan. Dah-dah ler"
- Di akhir temuduga, ucapkan terima kasih kepada panel temuduga kerana memberi peluang kepada anda menghadiri temuduga itu.
- Jika diberi peluang untuk bertanya soalan, kemukakan soalan yang munasabah. Soalan yang berkaitan dengan kerja atau ilmu yang boleh dikongsi oleh penemuduga tersebut.
i loikeee diz entry =]
BalasPadam