- Lapar dapat menjernihkan hati, menajamkan pandangan dan menyerlahkan bakat. Kenyang akan menyebabkan bodoh, buta hati dan lemah ingatan. Kata Abu Sulaiman ad-Darani : Dengan berlapar dapat tundukkan nafsu, melembutkan hati dan mewariskan ilmu dari langit". Manakala Yazid al- Bustam pula mengatakan " Lapar itu ibarat awan, jika seorang itu rasa lapar nescaya hatinya akan menghujankan hikmah"
- Nikmat ketika beribadat lebih dirasakan kerana hati yang lapar lebih lembut dan mudah berzikir kepada ALLAH.
- Lapar boleh menundukkan nafsu dan mengikis rasa bangga diri.
- Berlapar dapat menginsafkan diri tentang nasib di akhirat.
- Berlapar mengelakkan banyak tidur dan malas beribadat. Banyak makan akan menyebabkan mengantuk. Banyak tidur pula menyebabkan malas berkerja dan beribadat, menjadikan hati keras dan sukar menerima kebenaran.
- Berlapar boleh berjimat dan mengelakkan pembaziran masa ketika membeli makanan, memasak, makan dan kerap ke tandas.
- Berlapar dapat mengekalkan tahap kesihatan yang baik kerana punca segala penyakit daripada perut yang penuh dengan makanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila komen jika sudi :)