KUALA LUMPUR - Seorang artis wanita trauma selepas dia cedera dipukul, ditendang dan ditumbuk di seluruh badan apabila tindakannya memberi bantuan kepada pasangan suami isteri yang bermasalah mengundang kemarahan ibu bapa pasangan tersebut semalam.
Tom, 24, atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram yang merupakan juara My Starz LG musim ketiga Mac lalu dipercayai cedera ringan apabila tiba-tiba dipukul oleh sekumpulan lempat lelaki yang tidak dikenali.
Turut cedera dalam kejadian itu ialah seorang wartawan hiburan sebuah akhbar berbahasa Melayu.
Kejadian pukul 6 petang di sebuah restoran berhampiran Balai Polis Damansara dekat sini itu dikatakan berpunca selepas satu perbincangan yang dilakukan di situ gagal mencapai kata sepakat bersama ibu bapa pasangan berusia dalam lingkungan 20-an tersebut.
Difahamkan, pasangan tersebut telah datang menemui penyanyi terbabit dari Taiping, Perak untuk meminta pertolongan supaya membenarkan mereka tinggal di rumah Tom di Damansara kerana isterinya baru sahaja melahirkan anak beberapa hari lalu.
Bagaimanapun, keluarga pasangan tersebut tidak berpuas hati apabila mendapat tahu Tom telah membantu pasangan terbabit dan telah menghubungi penyanyi itu kononnya untuk menyelesaikan perkara itu.
"Keluarga pasangan itu meletakkan syarat supaya membawa wartawan ketika perbincangan yang dirancang dilakukan di Balai Polis Damansara tetapi Tom tidak bersetuju dengan mengatakan masalah terbabit boleh diselesaikan dengan cara baik.
"Mereka kemudian memberitahu pertemuan itu hendak dilakukan di sebuah restoran berhampiran balai polis tersebut dan tidak menyangka mereka membawa beberapa lelaki bersama yang didakwa sebagai ahli keluarga mereka," kata satu sumber
Diambil dari KOSMO ONLINE

Waaa...she looks like one of the lead singer for ICOM band called ""Once Upon A Time There Was A Sausage Name BOB" WTF! haha
BalasPadam