Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Selasa, 6 Julai 2010

Umur 11 tahun dah ada pakwe, pastu kena rogol plak.

tak pasti siapa lelaki di atas tu. Adakah itu bekas kekasih budak 11 tahun tu?

MELAKA - Hasrat seorang murid perempuan berumur 11 tahun mahu bersiar-siar dengan teman lelakinya di sebuah jeti di Umbai, dekat sini, berakhir dengan pengalaman pahit apabila bekas kekasih dan lima rakannya merogolnya di sebuah rumah di Umbai, di sini, 29 Jun lalu.

Mangsa dan teman lelakinya sedang berjalan di jeti ikan bakar di situ jam 12 tengah hari apabila sekumpulan enam lelaki, termasuk bekas teman lelakinya, menghampiri dan menjerkah mereka.

:Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asistan Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, lelaki-lelaki itu, yang berumur antara belasan tahun dan awal 20-an, kemudian membawa mangsa dan teman lelakinya ke sebuah rumah tidak jauh dari kawasan itu dengan sebuah kereta.

“Di rumah itu, mangsa mendakwa dia diperkosa, tetapi tidak ingat oleh berapa orang. Teman lelakinya mungkin di luar rumah atau di bilik lain ketika itu,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK), di sini, semalam.

Mohd Adnan berkata, berikutan kejadian itu, dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan dan bakinya masih diburu. Polis mengeluarkan fotofit salah seorang daripada suspek itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan sebat.
~~~ gatal pulak jari mak ngoh nih!!!

5 ulasan:

  1. Tak tahulah apa nak jadi dengan bangsa kita, dah jadi satu wabak sekarang nie....

    Sampai bila nak jadi begini....?

    BalasPadam
  2. Kita sudah kembali ke zaman Jahiliyah..

    BalasPadam
  3. Bangang punye binatang......aku pantang betul kalau orang perangai macam binatang ni....

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!