Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Rabu, 7 Julai 2010

Airasia tutup sistem tempahan 3 hari...

AirAsia Bhd., akan menutup sementara sistem penempahan semasanya selama tiga hari mulai Jumaat bagi digantikan dengan sistem baharu yang boleh menampung pertumbuhan semasa syarikat itu.

Sebagai sebahagian dari proses pelaksanaan sistem itu, perkhidmatan penempahan AirAsia, akan hentikan sementara dari jam 1.00 petang waktu Malaysia (GMT 8) pada Jumaat (9 Julai) hingga jam 6.00 petang waktu Malaysia pada 11 Julai (Ahad).

Ketua Serantau Komersial AirAsia, Kathleen Tan berkata, para pelanggan sangat digalakkan membuat tempahan beberapa hari sebelum 9 Julai (1.00 petang) untuk mengelakkan kekecewaan.

Katanya, sistem baharu itu akan diwujudkan mulai jam 6.00 petang, 11 Julai dan boleh menampung hampir 1 juta tempahan sehari.

Wah....sangat hebat.

Nak jenguk tak web airasia. Klik sini >> Nak tengok sangat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!