Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Rabu, 7 Julai 2010

Jahat tak mak ngoh?

Atau adakah mak ngoh nih jenis pentingkan diri sendiri?

Sebab

Memang perangai mak ngoh, mak ngoh tak suka dengar orang mengadu mengenai kerja-kerja dan tugas-tugas mereka yang kononnya banyak, bertimbun, amat stress, bos pula yang suka buat meeting berjam-jam, bos pilih kasih la pulak dan macam-macam perkara yang tidak patut dikecohkan.

Bukan apa, kita semua ada tugas dan kerja masing-masing. Terimalah dengan ikhlas kerja kita tu. Apa susah pun. Bukannya banyak sangat kerja tu sampaikan terpengsan di tempat kerja pun. Kadang-kadang, bila orang bising-bising dengan masalah mereka, kita yang memang ada kerja pun jadi tak boleh nak buat kerja gak. Jadi tumpang stress bersama dorang.

Sebab itu, mak ngoh memang akan jadi 'no respon' dan jadi 'hang macam komputer' bila orang bercerita tentang kerja mereka. Sekali dua boleh, tapi kalau dah banyak kali bercerita tentang perkara sama, maknanya something wrong la tu. Kalau kita bagi respon, nanti kita termengumpat pula pasal orang lain. Termengumpat pasal rakan sekerja dia. Termengumpat pasal bos dia. Dan macam-macam lagi. Kan, tak pasal-pasal kita dapat saham.

Kalau tak suka sangat kerja...berhenti kerja atau pindah tempat kerja jer lah yer.

Tapi kenapa orang lain ok jer,,, dia pula yang bising-bising dengan kerja banyak, dengan bos yang jahat dan macam-macam lagi. fuh, tak larat nak dengar luahan macam tu.


Jahat pulak pemikiran macam nih...

1 ulasan:

  1. Mak Ngoh tak pentingkan diri sendiri. I was in the same boat as you. I hate people who complain about their job, when they have a good job, really! Mereka sepatutnya rasa bertuah kerana terpilih bekerja dengan organisasi itu dan ini. They have no idea how many people out there that would kill for a job and here, they're complaining about having a job you get paid for! So annoying. Bak kata Mak Ngoh, QUIT! That's my only advice. Duduk rumah and spend their time on whatever they want to do. Period.

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!