Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Rabu, 7 Julai 2010

Resepi : Telor Dadar Mayonis

Sejak tengok iklan telor dadar mayonis kat tv tu, mak ngoh terliur pula nak cuba buat. ekekeke. Fuh, sedap jugak telor dadar mayonis nih. Anda mahu cuba buat tak?

Bahan-bahannya-:
Of course la telor, tak jadi telor dadar kalau tak ada telor...wakaka...bilangan telor ikut suka hati andalah. Kalau nak makan banyakkkkk, letaklah 10 biji telor...huhu
disebabkan namanya ada mayonis, jadi kenalah letak mayonis.
Nak letak banyak mana mayonis nih? Ikut suka hati anda jugak.

Tapi, lain sikit... mak ngoh suka letak lada hitam dalam masakan telor nih. Ikut resepi mak di kampung. :) Jangan letak biji-biji lada hitam macam tu yer. Kena tumbuk dulu ataupun beli jer yang serbuk lada hitam tu. Lagi senang.Tapi jangan banyak sangat lada hitam. Takut kepedasan.
Kenalkan sebelah kiri tu daun sup, sebelah kanan daun bawang untuk
orang yang tak kenal 2 daun ni. Haha... Hiris kecik-kecik yer daun nih.
Ini pula cili merah. Hiris cili merah nipis-nipis. Jangan letak banyak sangat.
Ini pula bawang 3 beradik iaitu bawang besar kuning, bawang merah dan bawang putih.
Bawang dikupas dan dihiris. Nak tumbuk? Boleh jugak.
Cara buatnya -:
Pukul telor dulu, pastu masukkan bahan-bahan lain. Gaul jer lah.
Kalau nak rasa masin, letaklah garam. Pastu gorenglah. Goreng guna minyak yer. Erk!!!
Hasilnya -:


psst : semua gambar diambil dari Google jer...

5 ulasan:

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!