Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Jumaat, 9 Julai 2010

Selain Paul si sotong, Mani si burung pula jadi tukang ramal

Kisah Paul dah bising, sekarang ada cerita pula tentang Mani si burung dari Singapura yang jadi tukang ramal.

Biarlah kisah binatang tak berakal tu. Mari kita yang berakal ni, berfikir sejak dengan hadis, sabda Nabi s.a.w dan firman ALLAH mengenai ramalan.

1) Firman Allah S.W.T di dalam ayat 65, Surah An-Naml:
Maksudnya: “Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah! Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati).”

2) Hadith Riwayat Imam Muslim,
“Barangsiapa yang mendatangi tukang tenung, lalu dia menanyakan tentang sesuatu, tidak diterima Allah solatnya selama 40 malam.”

3) Hadith lain oleh Imam Ahmad;
“Barangsiapa mendatangi tukang ramal atau tukang nujum atau bomoh atau dukun lalu membenarkan kata-katanya maka sungguh dia telah kufur terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad.”

Tetapi ramalan seperti cuaca, angin, awan dan suhu pula dibolehkan kerana dibuat berdasarkan ilmu.

Bagaimana pula jika ramalan yang dibuat memang betul dan memang terjadi? Adakah kita perlu mempercayainya bila ramalan tersebut memang betul berlaku? Jangan !

Kenapa?


Di dalam hadith Riwayat Imam Muslim ada disebutkan;
Dari ‘Aisyah, dia berkata; “Aku pernah bercerita kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, bahwa para tukang tenung berkata begini dan begitu dan kadang kami lihat kenyataannya memang benar.”

Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam: “Kata-kata yang benar itu ditangkap oleh bangsa jin, lalu dibisikkannya ke telinga tukang tenung dan ditambahkan ke dalamnya dengan seratus kedustaan.”

Jadi, berfikirlah. Janganlah dipercayakan ramalan seperti ini. Janganlah kerana Piala Dunia yang datang 4 tahun sekali ni, kita pula yang jadi kufur dan buat perbuatan syirik dalam keadaan tak sedar.

Kalau boleh, kita tak mahu Piala Dunia ini, memberi kesan yang teruk kepada akidah rakan sesama Islam. Walaupun memang rasa pelik, ramai yang sanggup bangun dari tidur pukul 2 3 pagi untuk melihat bola tetapi adakah orang-orang ini pernah bangun dari tidur untuk solat malam? Fikir sendiri dan tanya hati. Maaf untuk pertanyaan dan entri ini.

Sesungguhnya sekadar ingin berkongsi dan saling mengingati sahaja.

2 ulasan:

  1. ramalan-ramalan ni menyesatkan jer...macam org ambik nombor ekor..dia meramalkan nombor apa yang akan menang nanti..hukum haram..dah kufur dahhh..

    BalasPadam
  2. salam,aik..ada mani pulak? haha..adoi..khurafat blaka nie...adoi..kalau orang yang percaya benda nie..tak tau lah nak kata apa lagi..wallhahualam..

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!