Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Jumaat, 9 Julai 2010

Taubat pembunuh 99 orang + 1 orang alim

Tentunya masa anda kecil-kecil dulu, anda pernah dengar kisah seorang pembunuh yang telah membunuh 99 orang.


Hari nih, mak ngoh rasa nak berkongsi lagi kisah pembunuh ini untuk mereka yang belum tahu.





Dalam riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi. s.a.w menceritakan bahawa pada zaman dahulu kala ada seorang seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang, kemudian hatinya terdetik ingin bertaubat.


Kemudian, dia telah menemui seorang alim dan bertanya adakah taubatnya masih dapat diterima ALLAH. Sayangnya, orang alim tersebut telah memberitahu bahawa taubat pembunuh itu tidak diterima ALLAH kerana telah ramai manusia yang dibunuh.


Bila mendengar jawapan orang alim itu, lelaki tersebut meradang dan telah membunuh orang alim itu maka genaplah mangsa bunuhnya seramai 100 orang.


Kemudian, dia telah mencari orang alim yang lain pula dan bertanyakan soalan yang sama "Adakah taubatku diterima ALLAH?"


Kali ini, orang alim itu menjawab kemungkinan taubatnya akan diterima ALLAH. Dengan syarat, lelaki tersebut perlu berhijrah ke negeri yang mana penduduknya taat kepada ALLAH. Ini kerana negeri yang didiaminya ketika itu penuh dengan penjahat dan orang tidak taat kepada ALLAH.


Maka, berangkatlah pembunuh tersebut ke negeri yang dimaksudkan dengan niatnya ingin bertaubat kepada ALLAH. Namun, di dalam perjalanannya, lelaki itu telah dipanggil menemui ALLAH dan ajal sebelum sempat tiba di negeri yang ditujunya.

Kemudian, datanglah malaikat rahmat untuk membawa rohnya, tetapi datang pula malaikat azab untuk membawa rohnya. Kedua-dua malaikat ini berebut untuk membawa roh lelaki itu.

Berkatalah malaikat rahmat "Dia telah menempuh perjalanan kerana dia ingin bertaubat kepada ALLAH dan mencari keampunanNya"

Berkatalah malaikat azab " Dia belum pernah berbuat kebaikan sama sekali"


Ada cerita yang mak ngoh dengar, kedua-dua malaikat ini telah mengadu kepada ALLAH dan ALLAH telah memerintah malaikat tersebut mengukur jarak perjalanan yang dilalui oleh lelaki tersebut.

Ada pula cerita lain, datanglah satu lagi lain malaikat untuk membantu kedua-dua malaikat ini. Malaikat tersebut mengukut jarak perjalanan yang dilalui oleh lelaki itu.


Tetapi perkara utama dalam cerita itu, malaikat mengukur jarak perjalanan pembunuh itu dari negeri asal ke tempat dia menemui ajal DAN dari tempat dia menemui ajal ke negeri yang ditujuinya.

Ternyatalah, jarak negeri yang ditujuinya dari tempat ajalnya lebih dekat sejengkal daripada negeri asalnya. Maka roh lelaki tersebut telah dibawa oleh malaikat rahmat bermakna taubat lelaki itu telah diterima ALLAH.


Tauladan yang ingin diketengahkan di sini adalah BETAPA BERATNYA DOSA, JIKA PELAKUNYA BERSUNGGUH-SUNGGUH BERTAUBAT DENGAN BERHIJRAH DARI LARANGAN ALLAH KEPADA PERKARA YANG DIPERINTAHKAN ALLAH, MAKA TAUBATNYA AKAN DITERIMA.


Dan mak ngoh tahu, ada jiwa di luar sana yang meronta ingin mendekatkan diri kepada ALLAH namun masih ragu dan sayang tinggalkan nikmat dunia...marilah bertaubat bersama.


Kepada mereka yang berzina, mereka yang mendedahkan aurat, mereka yang derhaka kepada ibubapa, mereka yang tidak bersolat, mereka minum arak, mereka yang lupakan ALLAH dan macam-macam lagi...


BERTAUBATLAH KITA semua.



Janganlah takut, dosa kita tidak diampunkan - : yang penting kesungguhan kita untuk bertaubat. ALLAH itu MAHA PENGASIH DAN MAHA PENGAMPUN.

2 ulasan:

  1. amat bagus perkongsian ini... terima kasihh...

    BalasPadam
  2. ingin bhijrah..tlalu leka dgn dunia hingga lupa ape tjuan dcipta kan di dunia ini...

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!