Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Sabtu, 10 Julai 2010

Menutup aurat Menurut Islam


Artikel ini dipetik dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan.


~~~Kenapa wanita Islam wajib menutup aurat?


Kerana ia telah termaktub di dalam Al-Quran, Surah Al- Ahzab ayat 59 yang bermaksud "hendaklah mereka menghulurkan tudung ke seluruh tubuh mereka, supaya mereka lebih mudah dikenali orang, kerana itu mereka tidak diganggu"


Nampak tak? Dengan menutup aurat, seorang wanita itu boleh mengelakkan wanita itu dari diganggu. Memang betul. Wanita yang seksi dan berpakaian ketat lebih menarik perhatian orang dan lebih mudah diganggu.


~~~ Bahagian manakah yang boleh diperhatikan?


Rasulullah SAW telah bersabda : "Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan" (H.R : Abu Daud)


~~~Muka dan tangan

Asma' binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah SAW dengan memakai pakaian nipis.

Sabda Rasulullah SAW : "Wahai Asma, sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid, tidak boleh baginya mengzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja" -Riwayat Muslim dan Bukhari


Surah An- Nisa' ayat 34, ALLAH SWT berfirman : "Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita"

Sepotong ayat dari Surah Al-A'araf ayat 26, ALLAH SWT berfirman : "Hai anak keturunan Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian untuk perhiasan, dan pakaian Taqwa itu adalah yang paling baik"

~~~Muka dan leher.

"Dan tinggalkan kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliyah yang terdahulu"

a) bersolek

b) menurut Miqtil : "Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang jahiliyah"

~~~ Dada

"hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutup dada-dada mereka"

~~~ Wangian

"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati sautu kaum supaya mereka itu mencium baunya, mak wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata itu adalah zina" (Riwayat Nasa'i, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

~~~ Kaki dan tumit kaki

"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki atau mengangkatnya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan" (an- Nuur :31)

a) Menampakkan kaki

b) menghayunkan atau melenggokkan mengikut hentakan kaki

~~~ Kepada siapa aurat boleh diperlihatkan?

"Dan janganlah memperlihatkan perhiasan mereka kecuali kepada suami-suami mereka, atau bapa-bapa mereka atau bapa-bapa mertua mereka atau anak-anak lelaki mereka atau anak-anak lelaki suami mereka (anak tiri) atau saudara-saudara lelaki mereka atau anak-anak saudara perempuan mereka atau wanita-wanita (rakan sejawat atau yang berkhidmat) dengan mereka atau hamba sahaya mereka atau orang-orang lelaki yang menjadi pengikut mereka yang tidak mempunyai syahwat (nafsu) kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum timbul berahinya apabila melihat aurat perempuan" (An-Nur : 31)

2 ulasan:

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!