Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Jumaat, 9 Julai 2010

Rekod tidak pernah demam telah tercalar.

Rekod tidak pernah demam bukan disandang oleh mak ngoh. Kalau tak silap tahun nih dah 3 kali mak ngoh demam. Yang paling teruk, demam dan kena suntik. Si doktor tu pula nak suntik di punggung tapi mak ngoh tak bagi. Huhu. Kalau nak suntik gak, suntik bahu je lah. Akhirnya doktor mengalah dan alhamdulillah, walaupun dibahu tapi demam reda dan tak ada kesan apa-apa di bahu.

Okay, balik kepada tajuk. Siapa yang rekod tidak pernah demamnya telah tercalar? Adik mak ngoh yang nombor 4. Ada mak ngoh buat entri pasal dia yang konfius nak pergi matrikulasi ke uitm. Semalam, mak ngoh col dia, suara dia dah serak. Kasihannya.

Sebelum nih kan, adik mak ngoh yang ini susah betul nak dapat penyakit. Alhamdulillah. Pernah kami sekeluarga demam tapi dia okay dan sihat jer. Paling teruk dia cuma kena selesema sepanjang hidup dia sejak kecil.

Memang adik mak ngoh nih ada mengadu, dia terlalu penat mengejar masa di matrikulasi. Terlalu banyak kerju, terlalu banyak test dan kuiz hingga tak sempat berehat. Tapi memang begitulah kehidupan pelajar di matriks. Memang agak tertekan.

Semoga adik mak ngoh tu tabah dan sabar dengan kehidupannya di sana dan semoga dia berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang. Insyaallah. Tolong doakan juga yer. Terima kasih.

2 ulasan:

  1. InsyaAllah...lgpn sakit penebus dosa..bila sakit,kita akan bnyk ingat Allah sebab kita akan sentiasa memohon dari Allah supaya cepat disembuhkan dari penyakit

    BalasPadam
  2. terima kasih pidut asis..
    memang betul sakit itu penghapus dosa

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!