Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 11 Julai 2010

Resepi : Ayam salut tepung bersos

Mak ngoh diam-diam je tadi sebab masuk dapur masak untuk tengahari. Huhu... biasalah hujung minggu macam nih malas nak keluar. Rela masak. Apa yang mak ngoh masak tengahari nih? Tu...tengok gambar di bawah.

Korang nak cuba buat tak?


Bahan-bahan :

Ayam dipotong kecil
tepung ADABI untuk salut ayam
2 ulas bawang merah tumbuk atau hiris
1 ulas bawang putih tumbuk atau hiris
serbuk lada hitam
sos cili
sos tiram (tak nak letak pun tak per)
sedikit gula
sedikit garam
sedikit kunyit

Cara membuatnya -:

Stail mak ngoh senang jer. Haha..Stail orang bujang.

Ayam yang dipotong tadi dibersihkan. Tabur serbuk lada hitam, sedikit kunyit. Gaul sebati.

Kemudian gaul jer dengan tepung Adabi dan masuk air sikit-sikit. Pastikan pekat.

Goreng ayam tersebut hingga warna kekuningan.

Angkat ayam dan toskan.

Kemudian, tumiskan bawang merah dan bawang putih.

Masukkan sos cili dan sos tiram. Masukkan sedikit air dan kacau rata.

Masukkan garam dan gula. Sikit jer tau. Jangan banyak.
Selepas itu, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati.
Biarkan kejab dan hidangkan.

2 ulasan:

  1. pergh..ak lom makan agy...kecur ayaq liur aku tgok juadah tue..ehehhe....looked delicious! :)

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!