Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Isnin, 23 Ogos 2010

Letupan mercun korbankan kanak-kanak 6 tahun di Terengganu

Mercun apakah meletup sehingga menyebabkan seorang kanak-kanak berusia 6 tahun melayang sejauh 15 metre dan tercampak di celah dahan pokok?

Belum pernah lagi seumur hidup makngoh dengar kisah letupan mercun yang sedemikian rupa. Orang dewasa yang ralik nak kaut untung, nyawa kanak-kanak pula yang menjadi korban.

Kejadian gempar yang berlaku di Kg Seberang Baruh, Cabang 3 Terengganu ini amatlah mengejutkan ramai pihak memandangkan inilah kejadian seumpamannya di Terengganu. Makngoh rasa bukan di Terengganu sahaja tetapi di Malaysia. Pernah suatu ketika dulu berlaku di Sabah, letupan yang menghancurkan badan manusia tetapi bukan sebab mercun ...sebab bom.

Kanak-kanak malang yang maut dalam kejadian letupan ini dikatakan telah hancur separuh kepalanya dan arwah merupakan anak tunggal kepada pasangan peniaga muda.

Selain kanak-kanak tersebut, 2 orang pemuda lagi dilaporkan cedera parah dan salah seorang pemuda itu telah hancur kaki.

Dikatakan mercun-mercun tersebut telah disimpan di dalam sebuah rumah lama dan setelah letupan berlaku, bahagian depan dan anjung rumah lama yang dijadikan stor itu telah musnah. Malah, sebuah rumah lain yang terletak beberapa meter dari tempat kejadian turut pecah cermin tingkap akibat gegaran letupan.


Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan ketika ditemui pemberita Utusan menyifatkannya sebagai kejadian paling dahsyat di negeri ini yang membabitkan mercun.

Beliau memberi jaminan, polis sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk pemilik bahan-bahan berkenaan.

Katanya, pihaknya menubuhkan pasukan khas berhubung kejadian itu agar siasatan terperinci dapat dilakukan.

"Kita juga minta bantuan Unit Forensik daripada Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur untuk bantu kita jalankan siasatan mengenai kejadian ini".

Makngoh rasa hari ni, polis akan dapat kenalpasti pemilik mercun tersebut. Rasanya polis kita cekap menyiasat perkara sebegini. Tunggu saja Buletin Utama malam nanti.

Persoalan di benak makngoh >
1) apa kanak-kanak buat di rumah lama tu?
2) apa yang 2 orang pemuda buat di rumah lama tu?
3) kenapa mereka pergi ke rumah lama tu?
4) macamana mercun boleh meletup?
5) ada sumber api yang berdekatan ker @ ada di antara 3 mereka yang nyalakan mercun?
6) di mana ibubapa kanak-kanak ketika kejadian tu?
7) banyak mana dan berapa nilai mercun yang disimpan di situ?
8) sudah berapa lama mercun disimpan di situ?
9) dari mana mercun tu diperolehi?
10) SIAPAKAH YANG SIMPAN MERCUN DI RUMAH TU?

2 ulasan:

  1. hish bahaya betul sekarang nih.ajal maut di tangan Tuhan.macam2 ada zman skg nih.huhu~

    BalasPadam
  2. Jawapan(kemungkinan)
    1) apa kanak-kanak buat di rumah lama tu?
    bermain-main/pergi membeli mercun

    2) apa yang 2 orang pemuda buat di rumah lama tu?
    buat atau modified mercun supaya lagi kuat.

    3) kenapa mereka pergi ke rumah lama tu?
    buat mercun sendiri

    4) macamana mercun boleh meletup?
    tekanan dikenakan ketika memasukkan belerang dalam bekas menghasilkan haba.

    5) ada sumber api yang berdekatan ker @ ada di antara 3 mereka yang nyalakan mercun?
    tidak, sebab mereka bukan main mercun tapi sedang buat mercun modified supaya lagi kuat.

    6) di mana ibubapa kanak-kanak ketika kejadian tu?
    macam biasa....kat umah atau tempat kerja.

    7) banyak mana dan berapa nilai mercun yang disimpan di situ?
    cukup banyak, nilai tak diketahui secara anggaran boleh cecah rm50k

    8) sudah berapa lama mercun disimpan di situ?
    sudah lama dah boleh dikatakan tapak operasi transit mercun sebelum ia dipasarkan secara komersil.

    9) dari mana mercun tu diperolehi?
    kemungkinan mercun itu datang dari china melalui sempadan thailand.

    10) SIAPAKAH YANG SIMPAN MERCUN DI RUMAH TU?
    tuan rumah :)

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!