Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Sabtu, 7 Ogos 2010

Diumumkan semua Pelajar Sekolah Mak Ngoh Dapat Laptop FREE !!!!!!


Nah, adakah anda terkejut dengan tajuk entri ini? Ini bukanlah gimik semata-mata dan bukanlah sandiwara semata-mata sebab memang itu hakikatnya.


Yer, benda baik macam nih tak mo lah disorok-sorok. Dah memang itu yang kerajaan buat untuk sekolah-sekolah. Ada sesetengah sekolah yang mak ngoh dengar, guru-gurunya yang dapat laptop percuma ni tapi sekolah mak ngoh, kerajaan bagi pada pelajar-pelajar.


Tadi, wakil dari Ahli Parlimen Libaran, Sandakan datang ke sekolah ke mak ngoh buat pengumuman LAPTOP 1 MALAYSIA yang mengembirakan semua pelajar-pelajar ni. Bukan main bersorak budak-budak tadi.


Sebenarnya, kami guru-guru dah tahu 2 minggu lepas tentang pemberian laptop ni, dan guru kelas telah menghantar nama pelajar mengikut kad pengenalan kepada guru data sekolah. Guru data sekolah yang menghantar senarai nama pelajar tu untuk tindakan pihak atasan.


Tapi, kami guru-guru diam-diam dulu tunggu pengumuman rasmi dari pihak Parlimen Libaran.


Habis sahaja pengumuman tu, pengacara majlis pun kata

" Nampaknya, selepas ini ramai pelajar sekolah yang cuba cari streamyx dan broadband. Selepas ini, tentu ramai yang berjaga sampai lewat malam untuk main facebook"


Pelajar ketawa. Pengetua senyum kambing je. Kami guru-guru, senyum simpul. ekeke kee.


Kemudian, pengacara majlis tu sambung lagi

"Tetapi bukan itu yang diharapkan, kami harapkan dengan pemberian laptop ni, pelajar dapat manfaatkannya untuk tujuan pembelajaran dan ke arah yang positif. Semoga laptop ini dapat menyuntik semangat pelajar untuk belajar dengan lebih rajin"


p/s : baru diumumkan dapat. belum dapat lagi

5 ulasan:

  1. yoshhh.. y mase i skola dlu xde ? hehe..

    BalasPadam
  2. ekeke shafika...sama ler kita. masa mak ngoh sekolah dulu pun xdapat.

    apatah laptop... kalkulator free pun xdapat :/ dapat buku sifir 4 angka jer tu pun time exam dah..tapi syukur...mungkin sbb tak dapat tu lah, mak ngoh begini skrg

    BalasPadam
  3. yer..sangat untung dan sangat dipermudahkan. Tengok jer soalan exam pun senang. setiap paper disediakan rumus. kita dulu, rumus hafal sendiri

    BalasPadam
  4. nanti bertambah keja makngoh nak pantau budak2 jgn salah guna laptop tuh

    BalasPadam
  5. eelobor > laptop tu dibawa balik ke rumah dan tak boleh bawa ke sekolah. jadi, ibubapa yg kena pantau..bkn makngoh...wink wink

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!