Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Isnin, 9 Ogos 2010

Ada sesetengah pelajar makngoh tak faham apa yang mereka yang tak faham

Pagi tadi, makngoh mengikut Bengkel Fizik SPM dan dalam bengkel tu, cikgu-cikgu fizik meluah perasaan tentang masalah-masalah pelajar fizik mereka.


Sambil-sambil tu, disebabkan makngoh ni guru math gak jadi makngoh pun selitkan juga masalah pelajar matematik kelas 5B makngoh.


Ada seorang 2 pelajar matematik kelas 5B sangat lemah. Kadang-kadang naik geram juga makngoh dengan pelajar-pelajar tu. Sudahlah lemah lepas tu malas pula nak berusaha.

Beberapa minggu lepas, Makngoh ada beri mereka kerjarumah berkaitan transformation pada hari Khamis. Isnin depanya, makngoh minta kerjarumah tu. Dalam 35 orang pelajar, hanya 2 orang yang buat. Yang lain guna alasan lupa buat. Okay, makngoh sabar lagi.


TAPI makngoh suruh semua pelajar berdiri dan makngoh soal sorang-sorang mengenai transformation. Nota-nota transformation tu makngoh beri Khamis tu.


Ada soalan panas makngoh -:

" What is rotation?"


Budak yang makngoh tanya tu sengih-sengih jer...maknanya tak dapat jawab.
Jadi makngoh tukar soalan lagi panas.
"Eja rotation"


Budak tu pun ejalah rotation dan betullah ejaan tu. Kemudian makngoh tanya lagi,
"apa maksud rotation dalam bahasa Melayu. "

Budak tu tak boleh jawab. Adoiiii mendidih hati makngoh. Padahal diterangkan dalam nota, dah diberi nota dan sebenarnya trasformation ni mula diajar dalam silibus Form 2 lagi.

"Jawablah, takkan kamu tak tahu maksud rotation?"

"Tak faham cikgu, tak faham maksud dia"


Masa tu, terasa hancur hati makngoh. Seorang pelajar kata dia tak faham maksud rotation. "Rotation itu putaran" <>

Makngoh bukan tanya mendalam pun. Makngoh tak tanya pun ciri-ciri putaran yang perlu ada untuk jawab SPM seperti pusat putaran, arah putaran dan sudut putaran.


Makngoh cuma tanya maksud rotation dalam bahasa melayu dan dia tanpa rasa bersalah dia jawab dia tak faham maksud rotation dalam bahasa melayu.

Pelajar...mereka ingat dengan menjawab tidak faham...jadi kesalahan itu boleh diletakkan di bahu guru mereka yang kononnya tidak pandai mengajar. Masalahnya, mereka sendiri tidak tahu apa-apa dan tidak faham apa yang mereka tidak faham.

Kenapa berlaku begitu? Sebab mereka tidak tumpukan perhatian dalam kelas, tidak mendengar arahan dan penerangan guru, mereka tidak membuat kerjarumah dan tidak ulangkaji balik topik yang telah diajar. KERANA itulah wujud pelajar yang tidak faham apa yang mereka tidak faham.

Kepada pelajar-pelajar, percayalah MATEMATIK SPM SANGATLAH SENANG DAN SANGATLAH KACANG kerana :


~ tajuk-tajuk yang masuk paper 1 dan paper 2 sudah diketahui.

~~ tajuk yang masuk paper 2 section A : sudah tersusun dan keluar tajuk yang sama setiap tahun kecuali Bab Graphs of functions Form 5 yang kadang-kadang ditukar dengan Bab Set Form 4

~~~ tajuk yang masuk paper 2 section B juga adalah tajuk yang sama keluar pada SPM lepas-lepas iaitu graphs of function form 5, transformation form 5, statistics form 4, plans and elevation form 5 dan earth as sphere form 5. Pilih 4 tajuk dari 5 tajuk diberi.


Adoi...senang sangat-sangat. Kenapa masih tak boleh?

PUNCA UTAMA : MALASSSSS


BERSABARLAH DUHAI HATI~~~

~~kalau sudah berusaha memberikan mereka ilmu tetapi jika mereka masih tidak mahu menerimanya, jangan bersedih kerana
pahala di akhirat tetap ada~~

1 ulasan:

  1. budak-budak sekarang memang malas melebih mak ngoh.bersabarlah:)

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!