Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Jumaat, 27 Ogos 2010

Adoi, pelancong London dakwa polis Malaysia lepas tangan

Warga Amerika Syarikat, Charles Stokes melahirkan rasa kecewa apabila permasalahan yang dilanda ketika berkunjung ke Malaysia tidak dapat diselesaikan secara adil dan telus oleh pihak berkuasa.

Pada 30 Mei yang lalu, Charles bersama rakannya, Rosnani Yahya yang tiba dari percutian di Bali kehilangan dua bagasi penting yang mengandungi komputer riba dan barang peribadi ketika menaiki bas Eagle Ekspres dari Shah Alam ke Johor Bahru (JB).

Menurutnya, laporan polis dibuat di dua tempat iaitu Balai Polis Skudai, Johor Bahru Utara pada keesokan harinya dan Balai Polis Seksyen 15 Shah Alam pada 20 Julai lepas.

Katanya, polis Shah Alam mendakwa mereka tidak mempunyai bukti dan maklumat yang kukuh untuk melakukan penyiasatan tentang kehilangan beg tersebut.

“Saya bertindak membuat laporan polis apabila rakan yang berada di London telah menjejaki individu yang telah menggunakan kom:puter saya menggunakan teknologi ‘Skype’.

:“Rakan saya telah berkomunikasi dengan individu tersebut (lelaki Melayu) dan bertindak mengambil gambar lelaki berkenaan menggunakan teknik ‘Skype’ di mana kita boleh berkomunikasi dengan teknologi ‘peer to peer’ (P2P),” katanya ketika ditemui di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seputeh, Teresa Kok di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS).

Menurutnya, polis turut mendakwa mereka tidak mengetahui tentang teknik tersebut sedangkan ia mempunyai lebih 100 juta pengguna di seluruh negara dan menganggap perkara ini adalah ‘isu remeh’ sedangkan bagasi tersebut mengandungi barang yang berharga baginya.

“Saya suka datang ke Malaysia kerana negaranya aman dan damai tetapi apabila hal sebegini dianggap remeh dan tidak disiasat mengikut ketetapan, ia telah menimbulkan sedikit kekesalan dalam diri saya sebagai pelancong,” katanya lagi.

Komen makngoh : Memanglah remeh hilang komputer riba berbanding dengan macam-macam kerja lain yang polis malaysia kena setel. Bunuh, rompak, buang bayi, rogol, ah long, pelacur dan macam-macam ler.

Rumah junior makngoh dimasuk pencuri bulan 6 lepas. Pencuri hanya buat lubang kecil di gril tingkap. Hanya muat masuk tubuhnya dan tak muat keluarkan laptop. Nasib baik. Tapi ada junior makngoh tu hilang cincin kahwin dan duit. Apabila buat laporan polis. Tiada tindakan pun. Polis sekadar datang tengok je. Walaupun kotak cincin ditinggalkan, polis tak mahu ambil cap jari di kotak cincin dan barang-barang lain.

Kata mereka " nanti rosak barang-barang bila kena serbuk cap jari tu"

ekekeke ekeke....Jadi....terpaksa kata "yang berlaku biarlah berlalu"

4 ulasan:

  1. pernah dirampok laptop sb umah kene pecah..huhu..trauma smpai skrg..jahat weh manusia skrg..seme nok mudoh blakow..keje malas hapah..nyusah ko oghe je tau..

    BalasPadam
  2. jgn sedih, ALLAH ada. Pencuri tu terlepas di dunia je tapi di akhirat, akan dapat balasan juga.

    BalasPadam
  3. hilir teh napok mat salleh tuh nok ngajar ore. doh cridik sangak napok gak, nyiasat sdiri la. heheheh

    BalasPadam
  4. salam

    eelobor, kalau eelobor berada kedudukkan mat salleh tu macam mana?

    sesetengah manusia melihat orang memperjuangkan haknya sebagai orang berlagak atau menunjuk2. sedih sungguh. haih aneh.... patut tgk kenapa polis yang memiliki kuasa dan keupayaan gagal nak menyiasat..... kalau saudara tak faham apa saya katakan well, saya cuma doakan saudara boleh belajar kefahaman ini melalui pengalaman..insyallah

    saya pun pakar komputer dan tahu juga teknik tersebut.malah terus terang sesetengah teknik menyiasat orang biasa x lah sehebat polis. tapi sehebat manapun polis jika tak buat keje tak guna juga.

    kes sama macam pecah rumah guru di kawasan saya, 4 kes berlaku tiada penahanan suspek walaupun saksi bagitau dah siap yang buat. paling best kes kelima mereka mencuri di surau, dgn kuasa Allah tertangkap salah seorang dari mereka dan polis soal siasat.

    tapi dek malas nak amik statement suspek pertama, penahanan suspek lain tak dapat nak dibuat pendakwaan sebab diorang mula pakat tukar citer.lepas tu mudah diorang bebas....

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!