
COPIAPO, Chile - Seramai 33 lelaki yang terperangkap di dalam sebuah lombong tembaga di dalam tanah di sini selepas dinding gua runtuh sejak 5 Ogos lalu didapati semakin kurus tetapi sihat.
Maklumat itu diperoleh selepas sebuah stesen televisyen menyiarkan buat pertama kalinya kelmarin gambar-gambar pelombong tersebut yang sedang terperangkap.
Gambar itu dirakamkan menerusi sebuah kamera kecil yang dihantar ke dalam lombong menerusi lubang kecil sedalam 700 meter.
Imej-imej itu menunjukkan sekumpulan lelaki berdiri, berbaring dan berjalan.
Seorang lelaki dengan bangganya menunjukkan kawasan perlindungan sebesar bilik tidur dan ruang untuk berjalan-jalan.
Sementara itu, ubat antikemurungan akan diberikan kepada pelombong tersebut selepas diberitahu mereka cuma akan dikeluarkan sebelum sambutan Hari Krismas tahun ini.
Pelombong-pelombong itu akan hidup di dalam lombong bawah tanah kira-kira empat bulan sebelum anggota-anggota penyelamat dapat membawa mereka keluar. - Agensi
salam..slmt berpuasa..nice blog.do visit my blog n be my follower k..saje nak tambah kwn n berkongsi2 ilmu..tq :)
BalasPadamhttp://betkidzs.blogspot.com
hurmmm, lamenye nak kuarkan, isk3~~
BalasPadam