Makngoh tak setuju betul bila ada orang menyalahkan sistem pendidikan sebagai punca utama berlaku masalah sosial terutamanya masalah buang bayi.
Cuba anda fikir secara logik. Betul ke sistem pendidikan adalah penyumbang utama hingga menimbulkan isu ini?
Kelemahan sistem sosial negara? Apa itu sistem sosial? Mungkin mereka maksudkan negara kita terlalu memberi kebebasan sosial kepada pemuda pemudi dan negara kita dipenuhi dengan tempat sosial seperti disko dan lain-lain.
Pendapat peribadi makngoh : Punca utama buang bayi adalah dari diri seseorang itu sendiri. Pemikiran tidak matang, dirasuk dengan nafsu dan tiada pendidikan agama yang kukuh. Apa yang diajar di sekolah dan diajar oleh ibubapa tidak dipratikkan dengan sempurna.
Berikut adalah laporan suratkhabar tersebut -:
SHAH ALAM, 15 Feb: Pengerusi Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor, Dr Halimah Ali berpendapat kelemahan dalam sistem pendidikan dan sistem sosial antara faktor besar menyumbang kepada peningkatan jenayah buang bayi di negara ini.
Beliau berkata, kerajaan perlu mengkaji secara terperinci kedua-dua sistem tersebut agar masalah ini dapat dibendung secepat mungkin.
"Saya berpendapat ia disebabkan kelemahan sistem pendidikan dan sistem sosial Malaysia"
"Saya menyeru kepada kementerian kebajikan agar mengambil langkah proaktif mengkaji secara berkesan bagi menangani masalah ini," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas gejala pembuangan bayi yang semakain berleluasa berlaku dalam negara.
Sehubungan itu, beliau juga memaklumkan bahawa Selangor sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk kementerian dalam usaha menangani permasalahan yang semakin berleluasa itu.
Minggu lalu sahaja empat kes buang bayi dilaporkan berlaku.
Terbaru membabitkan seorang bayi lelaki yang dibuang dan dibakar dalam sebuah tong sampah di sebuah lorong Jalan Zainal Abidin, Kuala Krai.
Bayi malang seberat kira-kira dua kilogram ditemui dua petugas Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) dengan keadaan separuh badannya hangus dan kaki bercerai dari badan .
Sudut Test Mouse Kiri
Entri Popular
Tinggalkan pesanan anda di sini
Sabtu, 14 Ogos 2010
Harakah Daily : Punca buang bayi adalah sistem pendidikan dan sosial negara yang lemah
Diconteng oleh
mak_ngoh_selamoh
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Labels
AFF
(3)
ALLAH
(127)
artis
(30)
award
(2)
bajet 2011
(5)
bencana
(1)
berita
(171)
blog
(33)
bola
(37)
buang bayi
(4)
cerpen
(5)
doa
(6)
ibubapa
(6)
iklan
(7)
ilmu
(34)
istana
(7)
kartun
(4)
kelate
(75)
kemalangan
(6)
kesihatan dan kecantikan
(9)
khidmat masyarakat
(3)
kisah benar
(16)
lain-lain
(5)
lawak
(15)
matematik
(5)
neraka
(5)
pelik
(33)
penderaan
(12)
pendidikan
(131)
penerbangan
(4)
peperiksaan
(9)
pergigian
(1)
peribadi
(87)
Piala Malaysia
(8)
piala presiden 2011
(1)
politik
(3)
prestasi blog
(6)
puasa
(10)
puisi
(4)
resepi
(33)
solat
(13)
sosial
(85)
sukan
(13)
Sukan Asia Guangzhou
(3)
surat pekeliling
(2)
tips dan petua
(31)
tutorial
(1)
video
(15)
secara peribadi pn ambo tok setuju kalu pendidikan sbg punca utama. tok leh nok saling tuding menuding jari sbb x dok untung sesen kurap pn. sama2 bui woh fikiran mcm mana nk selesai mslh
BalasPadamnota: mmg benggang bila warga pendidik di bang bang boom kan?
asyik cikgu jugak hok salah...lagu mano cikgu nak betulkan salah budak. kalau terusik sikit anak orang nanti masuk suratkhabar.
BalasPadamAda sesetengah budak sekarang...dengan makbapak sendiri pun dorang kurang ajar, apatah lagi cikgu....
kembali pada Islam..
BalasPadampendidikan Islam itu sendiri dipinggirkan..