Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Sabtu, 14 Ogos 2010

Tips : Entri anda dicuri?

Ada orang tak kisah entrinya diambil tetapi ada orang yang tersentuh hati bila entrinya diambil orang, diubah nama dan dijadikan hak milik orang lain. Kemudian, apabila tuan punya entri marah, si pencuri pula buat tak tahu malah buat entri lain pula untuk menyakitkan hati tuan punya.

Kalaulah itu menjadi perkara serius, janganlah takut untuk bertindak. Anda boleh mengambil tindakan dengan menggunakan undang-undang yang ada di negara kita. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, undang-undang berkenaan adalah Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM).


AKM 1998 mengandungi beberapa peruntukan mengenai kandungan terlarang termasuklah Seksyen 211 dan 233 yang melarang pemberian kandungan lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat mengacau, mendera, menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain.


Justeru, Dr. Rais berkata, sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) adalah berdasarkan kepada kandungan jaringan yang mempunyai unsur-unsur maksiat atau berita yang tidak menyenangkan.



Ada beberapa blog yang telah ubah setting dengan tidak membolehkan klik kanan tetapi bolehkah itu membantu? Makngoh rasa tak boleh gak. Manusia ni genius dan kalau memang hendak, maka seribu daya akan dibuat untuk mendapatkannya. Paling-paling kuno pun, tak boleh right click tapi boleh salin guna pen dan kertas. Iye tak?



Jadi, bagaimana lagi anda nak buat kalau penulisan anda terutamanya entri-entri di blog yang terdedah dengan macam-macam ragam pembaca. Berhati-hatilah. Itu je yang boleh dilakukan. Bagaimana cara berhati-hati?



Ini adalah cadangan makngoh -:
1) Bahasakan diri dengan menggunakan nama anda di dalam penulisan. Jangan gunakan bahasa ganti diri umum seperti saya, aku, kite, gua dan sewaktu dengannya. Dengan bahasa diri nama, mereka yang mengambil entri anda terpaksa edit satu-satu bahasa diri nama anda itu dan kebiasannya, pencuri aka pengklon itu sentiasa nak cepat. Mereka mesti akan terlepas pandang aka tercicir satu dua bahasa nama anda.



2) Sengajakan salah ejaan dalam penulisan anda. Ya! Penulisan berkualiti adalah penulisan zero typing error. Tetapi sebenarnya, typing error itu adalah perangkap untuk mengesan samaada penulisan klon itu milik anda atau tidak. Sengajakan silap beberapa ejaan dan pastikan anda ingat di mana ejaan silap itu. Jadi, apabila penulisan diambil orang, anda boleh kesan ye ke tidak. Walau 1 huruf tertinggal, sebenarnya itu dah boleh jadi bahan bukti di mahkamah. Hehehe. Saman jangan tak saman.


3) Caps Lock. Gunakan huruf besar pada sesetengah perkataan atau ayat. Dan letak simbol-simbol %$#^&*()+{>? dalam entri anda seolah-olah tertaip dengan tak sengaja.

4) Bagi gambar, letaklah copyright anda di gambar tersebut. Buat besar-besar pun tak per. Dah memang gambar anda punya.



5) Cadangan ini tak berkaitan : Islam mengalakkan ilmu disebarkan dan dalam Islam tiada istilah hakcipta terpelihara. Ilmu itu milik ALLAH dan kita umat manusia berkongsilah ilmu. Mungkin kita terlupa, bahawa ilmu yang disebarkan dan digunakan oleh orang ke arah kebaikan tanpa putus sebenarnya memberi pahala kepada kita hingga ke kiamat. Namun harus diingat, Islam tidak membenarkan umatnya mencuri. Mencuri itu salah. Mencuri makanan, maka rosaklah darah yang mengalir sumber haram itu. Mencuri ilmu (dengan sengaja, berniat jahat dan mengaku dialah pencetus ilmu tersebut), maka rosaklah minda dan hati si pencuri itu.

2 ulasan:

  1. bersabar lah ye hehe...
    ramai masih tidak mempunyai idea tersendiri

    BalasPadam
  2. best gak mak ngoh selamoh ni...cari cerita kunci syurga jumpa blog ni...all da best

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!