Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Jumaat, 13 Ogos 2010

Anda tahu apa maksud Ghurur???

Makngoh nak kongsi satu istilah yang makngoh jumpa di buku sekejab tadi iaitu GHURUR.

Ghurur bererti tertipu dengan diri sendiri dan ia sebenarnya satu penyakit yang menimpa semua lapisan masyarakat.

Bentuk ghurur kepada golongan ulamak dan pencari ilmu
  1. menumpukan ilmu syariah dan akliah semata-mata tetapi cuai dengan aspek lahiriah yang tercemar dengan amalan maksiat, dan lalai memberi tumpuan keapda amalan ketaatan.
  2. menghalusi ilmu dan amal yang zahir semata-mata.
  3. penyakit ujub
  4. terperangkap tipu daya syaitan dan nafsu, supaya orang menganggap dialah ulamak @ terpelajar yang hebat.
  5. lupa dengan amalan maksiat yang dilakukan.
  6. membataskan diri dengan ilmu khilaf menunjukkan kehebatan berhujah dan berdebat.
  7. sibuk dengan ilmu kalam
  8. mengutamakan lintasan-lintasan hati.
  9. lupa mengambil pengajaran dari nasihat sendiri.
  10. mengumpul hadis dengan tujuan berbangga.
  11. menyibukkan diri dengan ilmu nahu yang halus.
  12. menolak macam-macam hak.
  13. enggan menuntut ilmu sesudah menuntut ilmu
  14. bercakap dengan bahasa tinggi dan tidak difahami
  15. merasa banyak ilmu
  16. kurang menjaga adab-adab ilmu
  17. menuntut ilmu untuk kepentingan diri
  18. gopoh dalam menjatuhkan hukum
  19. menolak bulat-bulat ilmu sekular
  20. malas berjuang dan berdakwah
  21. gagal memahami sunnah ALLAH
  22. mengikut arus pemikiran barat
  23. jumud dengan fatwa-fatwa lama.
  24. tidak menghormati pendapat orang lain
  25. tidak atau melarang solat jemaah.

Bentuk-bentuk ghurur kepada gologan ahli ibadah dan orang kebanyakkan

  1. Menumpu yang sunat melupai yang fardu-contohnya puasa sunat bersungguh tapi solat dtinggal-tinggalkan
  2. membaca al-quran tanpa faham maksud-ramai
  3. tidak mejaga lidah ketika berpuasa-mengumpat
  4. lupa kepada diri sendiri
  5. hati mengharapkan kepentingan dunia
  6. mencuaikan perkara wajib - solat sepatutnya tepat pada waktu
  7. beribadah tanpa ilmu
  8. tidak menghiraukan persekitaran
  9. tidak memahami fekah keutamaan
  10. mengutamakan hafalan dan penampilan luar.
  11. Riya' dan takabbur dalam amalan.

1 ulasan:

  1. saya baru tahu..terima kasih..

    Allah,,takut sgt terkena penyakit rohani ni :(

    thanks sharing..Barakallahu fik!

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!