Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Jumaat, 13 Ogos 2010

Adoi...buka puasa dengan bufet ramadhan beralkohol

Ya, begitulah nampaknya yang berlaku di 2 buah hotel di Petaling Jaya. Tukang masak hotel-hotel tersebut mengaku telah menambahkan arak dan sos beralkohol ke dalam masakan untuk menambah perisa.

Pihak Jakim yang menjalankan pemeriksaan menemui bukti kukuh arak dan sos beralkohol digunakan sebagai bahan masakan termasuk juadah berbuka.


KATANYA JAKIM -:

“Operasi itu dilakukan bagi mengotakan janji Jakim bertegas mengambil tindakan terhadap hotel yang menganjurkan promosi bufet berbuka puasa tanpa mematuhi garis panduan ditetapkan, khususnya dalam aspek halal,”

:satu daripada hotel yang menggunakan bahan beralkohol sebagai resipi masakan dikesan hasil operasi terbaru dilakukan jam 11 pagi semalam di pinggir ibu negara.

“Ketika memeriksa di dapur makanan Cina dan barat, kami menemui deretan botol arak masakan dan sos beralkohol diletakkan di rak khas. Setiap botol arak dan sos itu kandungan alkohol melebihi 10 peratus"

“Selepas disoal siasat, tukang masak di hotel berkenaan mengaku mencampurkan arak dan sos beralkohol ke dalam masakan bagi menambah perisa hidangan.

Tindakan mencampurkan arak ke dalam masakan yang kemudian disajikan dalam hidangan bufet berbuka puasa jelas perbuatan melampau dan memperdaya pengguna Islam yang berbuka puasa di hotel berkenaan,”

“Penjelasan diberikan bagi memastikan mereka mematuhi syarat terutama membabitkan makanan pelanggan beragama Islam,” katanya.

Menurutnya, pihak hotel berkenaan sebelum ini pernah memohon sijil halal Jakim, namun ia ditolak disebabkan mereka gagal mematuhi prosedur dan syarat ditetapkan.

Katanya, penguat kuasa Jakim dibahagikan lapan kumpulan membabitkan hampir 20 anggota untuk melakukan tugas pemantauan di hotel sepanjang Ramadan ini.

“Tujuan Jakim bukan saja mengambil tindakan undang-undang, malah kami cuba mendidik dan memberi maklumat tepat kepada pihak hotel berhubung kaedah bagi mendapatkan sijil halal Jakim. Maklum balas diterima menunjukkan ramai pengusaha hotel tidak faham berhubung kaedah memohon sijil halal berkenaan,”

NASIHAT MAKNGOH -:
Kalau tak nak masak...beli je lah di bazar Ramadhan yang memang diketahui dimasak oleh orang-orang Islam. Tapi memanglah bazar Ramadhan itu tidak sehebat hotel yang berbintang-bintang. Bazar Ramadhan tiada aircond, hotel ada aircond....ekeke...TAPI apa gunanya bintang kalau tempatnya tak halal.

p/s : Kelabu mata makngoh pergi bazar Ramadhan di Taman Fajar Sandakan. Wah,,,banyak betul kuih dan makanan...nyum..nyum..

2 ulasan:

  1. masyaAllah..mcm2 hal la skrgnie..

    BalasPadam
  2. ish ish.boleh pulak suka hati letak alkohol.huhu.rindu bazar ramadhan.

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!