Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Sabtu, 28 Ogos 2010

Facebook : Upload gambar orang lain untuk hina Sultan Johor

Sejak akhir-akhir ini, institusi beraja Johor dipanaskan dengan beberapa isu yang menyinggung perasaan pihak istana bermula dengan gambar Sultan Johor di kain rentang mengenai politik kemudian facebook samaran Sultan Johor dan sekarang Facebook yang menghina Sultan Johor.

Siapakah sebenarnya yang membuat onar ini? Makngoh yakin, polis akan dapat menahan orang yang membuat kerja jahat ini melalui internet. Tunggu dan lihat saja.

Terbaru, seorang gadi berumur 21 tahun, membuat laporan polis ekoran dia mendapati laman facebook yang menghina Sultan Johor itu mengandungi gambarnya.

Baca laporan penuh dari Kosmo ini

PASIR GUDANG – “Saya kini trauma dan begitu takut jika orang ramai memarahi saya sedangkan bukan saya yang buat akaun Facebook menghina Sultan Johor.’’

Demikian kata seorang pelajar kolej, Nurhidayu Ahmad Radzuan, 21, yang khuatir apabila mendapati dua gambarnya digunakan oleh pemilik sebuah akaun tidak bertanggungjawab di Facebook yang memburuk-burukkan institusi diraja Johor.

Nurhidayu berkata, dia hanya menyedari gambar-gambarnya digunakan individu terbabit dalam satu akaun Facebook Selasa lalu sebelum membuat laporan di Balai Polis Masai di sini pada keesokan harinya.

Menurutnya, pemilik akaun tersebut juga memuat naik gambar beberapa individu lain seolah-olah mereka sebenarnya yang mengendalikan akaun tersebut untuk menghina institusi diraja Johor dan raja-raja di negeri lain.

“Saya dapat tahu perkara ini apabila seorang rakan memberitahu ada orang menggunakan gambar saya di sebuah akaun Facebook, seolah-olah yang memburuk-burukkan Sultan itu adalah saya.

“Saya tidak tahu motif sebenar individu terbabit, jadi saya membuat keputusan membuat laporan polis bagi menjaga keselamatan diri,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Scientex di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Saifi Abd Hamid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!