Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Rabu, 11 Ogos 2010

Tingkatan Orang-Orang Berpuasa

Maaflah, macam banyak entri makngoh pasal puasa ni. Tapi...bagi makngoh, kalau bukan 10 orang yang membaca entri ni, seorang pun jadi dah. Janji berkongsi ilmu dan semoga penulisan makngoh ini diberkati. Tak salah kan mencari pahala dalam menulis?

Entri kali ini, makngoh nak bercerita mengenai tingkatan-tingkatan orang berpuasa. Ya, puasa kita semua walaupun sama-sama berlapar dahaga tetapi belum tentu puasa kita sama.

Tingkatan puasa dibahagikan -:
1) Puasa Orang Kebanyakkan - iaitu puasa yang hanya sekadar menahan diri daripada makan, minum dan hubungan kelamin.

2) Puasa Khusus - ialah bukan sekadar menahan diri daripada makan, minum dan hubungan kelamin tetapi turut memelihatan pancaindera daripada perkara haram. Contohnya, memandang wanita bukan muhrim dengan nafsu, mengumpat, menfitnah, mendengar sesuatu yang berdosa.

3) Puasa khusus al-khusus - adalah puasa terbaik yang lazimnya dilakukan para aulia dan para nabi. Golongan ini bukan sahaja menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa, malah hanya mengingati ALLAH dan akhirat.

Dari pandagan fekah, puasa orang kebanyakkan tetap sah diterima oleh ALLAH, tetapi Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, " bahawa orang yang mengamalkan puasa begini tidak mendapat apa-apa kecuali rasa lapar dan dahaga"

Apabila pancaindera tidak dipelihara maka tidak timbul kesan takwa terhadap ALLAH.

Dalam satu hadis lagi, Nabi bersabda :
"Sesiapa yang belum boleh meninggalkan cakap bohong dan mengamalkannya, maka tidak ada keperluan bagi ALLAH supaya dia meninggalkan makan dan minum"

2 ulasan:

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!