Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Jumaat, 27 Ogos 2010

AC Mizal mungkin akan dipenjarakan? Apa kes?

Mahkamah Rendah Syariah Kajang semalam menetapkan 28 Oktober ini untuk keputusan berhubung kes komital atau perintah memenjarakan penyanyi dan pengacara AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini kerana menghina mahkamah setelah gagal membayar nafkah anaknya seperti yang diperintahkan.

Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah menetapkan tarikh itu selepas peguam syarie Ridhwan Husin yang mewakili Shafnie Zainuddin, 34, bekas isteri Mizal, 38, dan peguam syarie Siti Aishah Din yang mewakili penyanyi itu memfailkan hujahan masing-masing setelah tiada jalan penyelesaian oleh Mizal dan Shafnie.

Abdul Halim berkata, beliau akan menilai hujahan daripada kedua-dua pihak serta menimbang sedalam-dalamnya keterangan yang diberikan serta mewajibkan Mizal dan Shafnie, model dan pengurus pemasaran syarikat Casa Impian Holdings Berhad, untuk hadir pada tarikh tersebut.

Di luar mahkamah, Ridhwan memberitahu pemberita Shafnie enggan menerima tawaran Mizal untuk penyelesaian luar mahkamah berhubung kes komital itu kerana menganggap ia tidak munasabah.

“Tawaran itu tidak munasabah kerana duit tersebut tidak sampai kepada anak dan prosiding ini perlu diteruskan, dalam hujahan saya, penyanyi itu wajar dipenjara kerana tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan tidak mengikut perintah mahkamah, “ katanya.

Shafnie tidak hadir di mahkamah pada prosiding semalam kerana mempunyai urusan penting di Putrajaya manakala Mizal hadir ditemani seorang rakan.

Pada 29 Julai lepas, Shafnie menafikan dakwaan pelakon dan pengacara tersebut telah membayar tunggakan nafkah dua anak mereka, Muhammad Shafiq Iman, 14, dan Muhammad Shabil Iman, 11, sebanyak RM50,000 kerana beliau mempunyai bukti bagi menyangkal dakwaan tersebut.

Pasangan itu berkahwin pada 24 Jun 1995 dan dikurniakan dua cahaya mata sebelum bercerai pada 17 Oktober 2001.

Mengikut perjanjian asal, Mizal diperintah membayar nafkah dua orang anaknya sebanyak RM2,000 sebulan sehingga kanak-kanak terbabit berusia 18 tahun.

Bekas pengacara rancangan Akademi Fantasia itu, bagaimanapun, gagal membayar nafkah anak sehingga mencecah RM50,000.

Pada 22 Dis 2004, mahkamah mengeluarkan perintah agar jumlah tunggakan itu dibayar secara ansuran sebanyak RM200 sebulan dan bakinya akan dibayar melalui potongan gaji daripada akaun bank milik artis itu.

Dia diperintahkan membayar nafkah semasa bagi setiap bulan untuk kedua-dua anaknya sebanyak RM300. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!