Petang tadi, makngoh boring asyik terperap je di rumah,jadi makngoh pun bersiap, bermake up, ber melawa, berlipstik, berbedak dan segala bagai, turun panaskan enjin kereta.
Kemudian, tutup pagar rumah, makngoh terfikir...nak pergi ke kiri ke kanan? Ke kanan tu jalan ke bandar...kalau kiri ke airport Sandakan dan bazar Ramadhan Taman Fajar.
Last-last, makngoh pun geraklah ke kanan dengan kelajuan 20km/h. ekeke...biasalah dalam taman kena bawa pelan-pelan je. Kemudian datamg idea, makngoh pun call guru junior sekolah makngoh ajak dorang berjalan-jalan di bazar bandar Sandakan.
Lepas ambil dorang , kami pun bergeraklah ke bandar. Dari satu trafic light ke satu trafic light, jumpa polis bermotosikal berdiri-diri di situ dengan muka serius. Kereta peronda dorang pun ada di beberapa tempat. Kami dalam kereta dah pelik. Ada rompakan bersenjata ke?
Dalam asyik pelik-pelik tu, lalu lagi satu traffic light di Hospital DO Kent. Di situ ada 2 polis traffic berdiri di tiang lampu isyarat. Ngam-ngam kereta dekat dengan polis tu lampu kuning, tapi sebab makngoh laju sikit tak sempat brek. Jadi, makngoh pun gerak je lah, sayangnya belum sampai di seberang jalan, lampu dah merah. Adoi. Merah depan polis traffic. Cepat betul kuning tukar jadi merah. Makngoh tengok guna cermin pandang belakang, polis trafic 2 orang tu tengah berbual dan salah seorang dari dorang tengok kereta makngoh. Ambil nombor plat ker? adehh
Pandai adik-adik junior nasihatkan makngoh "Alah , tak pe je tu. Kalau memang salah tadi, tentu polis tu kejar kita"
Walaupun dah buat satu kesalahan, tapi kami dengan tenang hati pergi ke bazar. Lupa dah pasal polis-polis bila melihat macam-macam makanan. Yang menarik perhatian makngoh, perbualan beberapa pengunjung bazar dalam loghat kelate. Memang betullah, di mana-mana pun, anak kelate tetap ramai. Lagipun bazar ni depan KD Sri Sandakan. Tempat navy-navy main kapal . Ekeke.
Pusing punya pusing bazar, makanan yang dicari tiada pun. walhal bukan main banyak gerai nasi campur dan gerai makanan. Makngoh cuma beli air tebu, kurma dan sate ayam. Adik-adik junior bersemangat beli kuih dan minuman je. Makanan lain dorang tak beli gak.
Dorang asyik tengok orang je yang ramai. Macam-macam kaum ada di sini. Yang menarik, orang-orang Cina pun sibuk membeli juadah. Ada beberapa remaja Cina tengah asyik memesan murtabak jawa. Ada juga pelancong luar negara tadi. Tapi yang tak best, mat saleh tu beli dan terus makan sambil berjalan-jalan. Hua hua hua... Tak hormat orang Islam yang berpuasa.
Dalam perjalanan pulang tadi, sekali lagi kami bertemu dengan polis-polis trafik yang berada di tepi-tepi jalan dan di sebalik lampu isyarat. Ekeke. Dorang tak mengawal lalu lintas pun, jalan lak tak jem. Pelik betul dengan kehadiran mereka yang tiba-tiba ramai tu.
Kemudian, tiba di Batu 3, barulah kami tahu kenapa. Rupanya rombongan orang kenamaan. Siapa? Kami tak tahu siapa. Yang penting, mereka itu diiringi oleh beberapa buah kereta besar besau besarrrr dan beberapa buah motosikal polis. Jalan ditutup bagi memberi laluan kepada mereka yang bergerak laju tanpa tahu nak brek.
Masuk ke taman perumahan adik-adik junior, dorang ajak makngoh beli nasi kerabu di sebuah gerai. Kakak yang jual nasi kerabu tu 100% guna bahasa Kelate jadi makngoh pun 101% turut mengunakan bahasa kelate. Sedap nasi kerabu kakak ni, ada lada jeruk, ada solok lada dan macam-macam. Satu jer, tiada keropok. Lauknya pun macam-macam ada. Makngoh ambil ayam percik besau punya. TAPI yang sedihnya, nasinya dah abih, perencah kerabu ada lagi. Makngoh order jela walaupun tiada nasi. Takper, nasi boleh masak di rumah, ekeke...See, kelate ada di mana. Sebelah gerai kakak tu tadi pun ada 2 orang lelaki sedang berbual dalam loghat kelate.
Lepas hantar dorang, makngoh pun bergerak balik ke rumah. Masuk ke kawasan perumahan makngoh, ada pulak excident depan taman permainan. Yang dasyatnya, kemalangan tu berpunca dari seorang gadis yang tidak pandai bawa motor. Dia bawa laju sangat motor, tak pandai nak pusing, tak pandai nak brek last-last terus jer masuk longkang.
Nasib baik budak tu ok jer. Tapi motor dia rosak. Maklumlah pergi masuk longkang. Dalam plak longkang tu. Budak tu pulak cantik macan Agnes Monica. Kulit licin, Tadi pun pakai seluar pendek paras paha jer. Haha. Mungkin bersiar-siat ambil angin. Ops, orang Cina bukan orang islam.
Akhirnya, sampailah makngoh di rumah dengan selamat. Alhamdulillah. Balik rumah, buka blog Eelobor dan asyik baca entri dia sampaikan terlupa waktu berbuka tadi. Ekekeke. Ala, terlupa dan terlewat 5 minit je. ERK! Tak baik lewatkan waktu berbuka puasa. Iye kan?
Sekian cerita makngoh versi kanak-kanak petang ini. Ada ker yang sanggup baca? Haha
Sudut Test Mouse Kiri
Entri Popular
Tinggalkan pesanan anda di sini
Ahad, 15 Ogos 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Labels
AFF
(3)
ALLAH
(127)
artis
(30)
award
(2)
bajet 2011
(5)
bencana
(1)
berita
(171)
blog
(33)
bola
(37)
buang bayi
(4)
cerpen
(5)
doa
(6)
ibubapa
(6)
iklan
(7)
ilmu
(34)
istana
(7)
kartun
(4)
kelate
(75)
kemalangan
(6)
kesihatan dan kecantikan
(9)
khidmat masyarakat
(3)
kisah benar
(16)
lain-lain
(5)
lawak
(15)
matematik
(5)
neraka
(5)
pelik
(33)
penderaan
(12)
pendidikan
(131)
penerbangan
(4)
peperiksaan
(9)
pergigian
(1)
peribadi
(87)
Piala Malaysia
(8)
piala presiden 2011
(1)
politik
(3)
prestasi blog
(6)
puasa
(10)
puisi
(4)
resepi
(33)
solat
(13)
sosial
(85)
sukan
(13)
Sukan Asia Guangzhou
(3)
surat pekeliling
(2)
tips dan petua
(31)
tutorial
(1)
video
(15)
baru lepas baca....panjang lebar nya karangan mokngoh ari nih. hehehhe, nti boleh masuk pertandingan mereka karangan.
BalasPadamhaha...tahniah eelobor kerana bjaya baca karangan bjiwa kanak2 ini
BalasPadam