Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Isnin, 9 Ogos 2010

Aku Datang sekolah sebab cikgu nak mengajar bukan sebab aku yang nak belajar!



  1. Cikgu tak boleh masuk kelas sebab ada mesyuarat tergempar. Pelajar bertepuk tangan dan bersorak girang. "YES" itulah perkataan yang mereka sebut berulang-kali.


  2. Cikgu pesan,kelas minggu depan tak ada sebab cikgu perlu mengikuti kursus. Pelajar bersorak gembira dan ye ye ye...Tak payah bawa buku esok. Gembiranya.


  3. Cikgu beri kerjarumah, pelajar mula beralasan. "Ala, cikgu...banyaknya kerjarumah" "Tak cukup masa la cikgu nak buat kerjarumah"...Tapi mengadap facebook dan blog sampai lewat malam, tak apa pulak.


  4. Bila cikgu, beri nota lebih dan minta pelajar salin, pelajar dah bising. Sakit tangan la cikgu nak salin. Banyak sangat dah nota ni. Padahal baru ciput yang cikgu bagi. Tak boleh nak penat sikit. Langsung tiada sikap nak dapatkan ilmu.


  5. Cikgu masuk kelas. Pelajar malas-malas sebab penat baru lepas PJK, tadi main bola sepak dan bola jaring. "Okay, buka buku"kata cikgu....Pelajar jawab "alah ,cikgu ...tak payah mengajarlah. Kami penat ni cikgu. Tadi main bola. Besok-besoklah cikgu mengajar"

*** bukan semua pelajar macam kat atas tu...
tapi memang ada pelajar macam tu***

6 ulasan:

  1. ye saya setuju...=)

    kalau budak sekolah pandai lg panjang akalnya nak menipu cikgu...aish...pengalaman sy sebagai kaunselor,budak dtg bilik kaunseling untuk skip kelas,,,bukan nk kaunseling pun...

    BalasPadam
  2. emmmmm itulah nasib cikgu .......

    BalasPadam
  3. dulu masuk kelas sbb cikgu comei...hehehehe

    BalasPadam
  4. adei...nie baru sekolah..belum masuk IPT nanti...jangan amalkan selalu ya...

    BalasPadam
  5. yap tepat sekali..ada jugak yg baik hati mcm kita dulu2..(tak pasal2) =.=

    BalasPadam
  6. ekekeke...TAPI masih ada lagi pelajar yang sedih kalau cikgunya tak masuk kelas...ada pelajar yang sedar tugasnya menuntut ilmu. bila cikgu tak dapat mengajar, dia akan merasa rugi yang amat. makngoh ada jumpa pelajar yg macam tu. Dorang kata boring kalau tak ada guru mengajar. Guru relief tak best. kena ada guru subjek mengajar.

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!