Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Rabu, 11 Ogos 2010

Kosmo - Orang Kelantan suka bergaduh?


Salam 1 Ramadhan semua.Macamana puasa? Hari ni sekolah makngoh cuti sempena sambutan awal Ramadhan. Bolehlah makngoh mengadap blog pagi-pagi ni...

Makngoh tertarik laporan Kosmo pagi ni menyebut "orang kelantan suka bergaduh?" Bukan Kosmo main hentam je, ada data yang menyumbang ke arah itu.

Laporan Kosmo
tu -:

KOTA BHARU – Penduduk Kelantan mungkin boleh dikatakan suka bergaduh sesama jiran dan ahli keluarga jika diukur pada jumlah laporan pergaduhan yang diterima polis sepanjang tahun ini.

Menurut Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Amir Hamzah Ibrahim, jenayah keganasan melibatkan kes pergaduhan merupakan antara tertinggi dilaporkan di negeri ini.

Beliau berkata, sebanyak 59 kes pergaduhan diterima daripada 535 kes pelbagai jenayah keganasan yang dilaporkan kepada polis sejak Januari lalu hingga semalam.

Katanya, jumlah kes jenayah keganasan itu juga mencatatkan peningkatan berbanding 436 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

“Kedudukan jenayah keganasan di Kelantan sehingga semalam meningkat yang antara lain disebabkan berlaku pergaduhan gara-gara tidak berpuas hati atas perkara yang kecil dan remeh temeh.

“Antaranya sesama jiran bergaduh cuma disebabkan salah faham membuang sampah atau ranting pokok yang dipotong masuk ke halaman rumah sebelah malah ada juga pertelingkahan antara adik-beradik,” katanya pada majlis persaraannya sebagai Timbalan Ketua Polis negeri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini semalam.
Komen makngoh : Ada orang Kelantan terlebih sikap panas baran.

10 ulasan:

  1. sebenarnya bergantung kpd individu tu sendiri...tak kira kelantan atau bukan kelantan.

    BalasPadam
  2. haha...tepuk dada tanya selera mengenai akhbar negara kita

    BalasPadam
  3. kalu eelobor jadi wartawan, walau berdasarkan fakta tak kan siar cerita lagu tuh. sbb kekadang kito keno tgk jgk kesan drpd berita yg di siarkan. apapun semuanya ada kebaikan & keburukan kesan drpd penyiaran berita sebegitu. bergantung pada penilaian & penerimaan seseorang.

    nota: ore kito pongoh (buke MakNgoh Selamoh), tok bertepak

    BalasPadam
  4. bila ada data laporan - kira dah betul la tu....

    BalasPadam
  5. alahi.....sebenarnya kosmo buat tajuk macam tu nak lariskan surat khabar dia jer....ekekeke... mestilah pilih tajuk yg gempak...iye ndak?

    BalasPadam
  6. Saya nak kongsi pengalaman berjiran di Kelantan, saya baru je 2 tahun duduk di perumahan Desa Mardhiah di Kg Panchor, rumah memang cantik dan murah, kira puas hati, tp ada sekelompok jiran yang bermasalah besar skit, yang lain2 ok je, dengar cerita org2 lama duk kat situ, jiran yang bermasalah ni pun bukan asal kelantan, asal ala siam/rantau panjang atau thailand sana, skrg dah kaya, ada kompeni bas sekolah n kilang, tak silap Wira Rantau nma kompeni. Kalau nak cerita panjang lebar, penduduk baru ke, penduduk lama ke kat situ semua ada cerita pasal diorang punya zalim dan khianat, baling najis, curi barang orang, dengki dan mcam2 lagi, dulu sedapla diorang sebar fitnah sana sini, skrg ramai dah tau perangai sebenar diorang, baru nampak ada kurang samseng skit. Pandangan saya bukan org kelantan suka bergaduh, tp yg thailand/rantau panjang tu datang menetap kat kelantan ni banyak tak sedar diri, mentang2 dah kaya, satu kampung nak buat dia punya harta, tak boleh ditegur, silap2 kita kena aim macam perbuatan khianat.

    BalasPadam
  7. Orang kelantan juga suka:
    -makan budu
    -bercerai berai
    -berpuak2
    -tunjuk belang di tempat orang jika mereka ramai
    -membangga diri dengan kelantan
    -kerja tarik kereta
    -pau orang (terutama di KL)
    -main pil kuda

    BalasPadam
  8. anonymous -: terima kasih dan alhamdulillah di atas pertuduhan itu. Jangan terkejut jika anda bertemu kami di akhirat nanti disebabkan komen anda di atas itu. kata-kata sebegini cuma ada dua, jika benar itu mengumpat. jika salah itu mengfitnah. sesungguhnya, walau sebiji sawi besar dosa itu, tetap ALLAH timbang juga.

    BalasPadam
  9. mana-mana pun ada orang samseng...tak kira di mana saja .kutub utara pun ada juga...mungkin kalau di marikh tak lah banyak masalah....

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!