Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Isnin, 23 Ogos 2010

Roslin Hashim akan ambil tindakan undang-undang pada media yang fitnah Raja Azmi

Jaguh badminton negara, Roslin Hashim menegaskan beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana media yang masih meneruskan spekulasi bahawa dia dan penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman mempunyai hubungan sulit.

Roslin, 35, memberitahu, beliau akan berusaha bagi membersihkan nama Raja Azmi yang sudah dianggap sebagai anggota keluarganya sendiri kerana menjadi mangsa fitnah sebagai punca perceraian dengan isteri terbarunya, Nurhayati Othman, 38.

"Selepas berbincang dengan peguam dan dalam usaha saya membersihkan nama Raja Azmi, saya ingin merayu semua pihak, khususnya media supaya tidak lagi membuat sebarang spekulasi mengaitkan saya dengan Raja Azmi ada hubungan sulit.

"Kalau tidak saya akan mengambil tindakan undang-undang," tegas beliau ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Komen makngoh : Hidup suami isteri jangan ada rahsia dan mesti beritahu isteri walau ke mana anda hendak pergi. Bukan tujuan minta izin dari isteri tapi untuk pengetahuan isteri dan elakkan salah faham di kemudian hari. Tengok apa terjadi pada dia. Isteri fikir lain. Dia fikir lain. Last2 sampaikan bercerai.

3 ulasan:

  1. betul tu mak ngoh..
    dah nama nye suami isteri,
    semua benda kena la berkongsi..
    jangan nak rahsia2..
    kalau pun dia hanye seorang isteri dia
    ade hak untuk tahu
    ke mana suami pergi

    BalasPadam
  2. setuju ngn pendapat mokngoh kena bgtau utk mengelak dari salah faham & fitnah mudian hari.

    nota: mcm mana projek tu mokngoh? ado kor sore duo hok nok tohok alah kok nih? hahahahaha

    BalasPadam
  3. jawapan nota : ibarat kata pepatah JAIS, "minta tandatangan isteri pertama."..haha sori terlebih kerepek n merepek...

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!