Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 22 Ogos 2010

Sekolah pelajar hamil bernama Sekolah Harapan

Dengar kata Sekolah Harapan akan mula dibuka pada 1 September ni dan sekarang sekolah tersebut dalam proses ubah suai dan baik pulih.

Datuk Seri Muhd Ali Rustam berkata sejak pengumuman beliau mengenai sekolah hamil tersebut, ramai ibubapa di negeri itu telah menghubungi pihaknya untuk menempatkan anak mereka yang telah hamil (maknanya memang ramai lah remaja perempuan Melaka yang hamil luar nikah?) Laporan di sini

Sekolah tersebut menggunakan bangunan milik Syarikat Air Melaka sebagai kelas dan boleh menempatkan 4 buah kelas untuk 20 - 30 orang pelajar. Tempat penginapan pelajar pula menggunakan Pusat Bimbingan Islam Jabatan Agama Islam Melaka yang dilengkapi dengan kemudahan yang selesa tetapi hanya muat untuk 10 orang pelajar setakat ini.

Pihak kerajaan negeri akan mencari tempat penginapan lain jika jumlah pelajar menginap lebih ramai. (kontra pula dengan penyataan di atas yang mengatakan ramai ibubapa telah menghubungi pihak sekolah untuk menghantar anak mereka)

Sekolah Harapan akan menempatkan pelajar dari Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5 dan pelajar boleh menduduki PMR dan SPM di sekolah tersebut. Guru-guru pula terdiri dari pihak JAIM.

Makngoh terbaca satu blog mengenai ribut yang melanda di bazar Ramadhan di Jasin hingga melibatkan kematian beberapa orang. DAN JASIN lah tempat yang menempatkan Sekolah Harapan tersebut.

Mungkin ada baik dan ada buruknya Sekolah Harapan itu. Namun tindakan nekad dan tindakan cepat Melaka menubuhkan sekolah tersebut dilihat sebagai pelik tetapi ajaib.

Wallahualam. Rujukan dari sini

1 ulasan:

  1. eelobor secara peribadi bersetuju dgn langkah KM Melaka. Sekurang2nya beliau mencari ikhtiar untuk mengatasi drpd dok bersembang gempak tapi idea tak de. Asyik nak menjatuhkah sesama sendiri. Jika di katakan untk menggalakkan lagi gejala tersebut berleluasa, tutupla pusat serenti kan? tutup la pusat pemulihan akhlak lain? henry gurney? sekolah tunas bakti? asrama akhlak? mungkin selepas ini langkah2 lain perlu di kaji dari semasa ke semasa untuk mencari pendekatan yang lebih baik

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!