Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Jumaat, 27 Ogos 2010

Resepi : Daging Paprik Makngohselamoh

Salam semua...macam lama sangat dah makngoh tak update blog... busy memanjang lah dekat-dekat cuti sekolah ni. Musim puasa dan musim kemerdekaan. Sekolah anjur macam-macam program. Walau busy, tetapi suka dan gembira dengan program-program anjuran sekolah ni. Dapat banyak manfaat jugak.

Hari Rabu lepas, sekolah makngoh anjur Majlis Berbuka Puasa. Pengetua sekolah tu berhajat benar nak berbuka puasa dengan guru-gurunya. Dia tempah nasi hujan panas special untuk cikgu-cikgu.

Tapi selain itu, kami cikgu-cikgu pakat masak dalam kumpulan beberapa menu lain untuk 'meriahkan' lagi meja hidangan. Hehe.

Kumpulan makngoh kena masak daging. Macam-macam resepi daging yang kawan makngoh nak masak tapi last-last minta makngoh tolong masak daging paprik. Sebenarnya makngoh ni tak mahir nak masak daging paprik. Jadi, buatlah ikut resepi suka hati. Hari ni, ramai pula yang minta resepi ni termasuklah PK1 dan geng-geng kerani, jadi apa lagi...kembang hidung makngoh...ekekekeke...hehe (tak baik bangga diri).

Anda nak cuba?

Bahan-bahannya


1. daging (yang makngoh buat ni 3 kilo)
2. sos cili
3. sos tiram
4. sos ikan
5. kicap manis
6. bawang merah ditumbuk kasar
7. bawang putih diketuk-ketuk jer
8. lada sulah dan lada hitam (sikit je)
9. Pati Ayam Knorr
10. serai diketuk-ketuk jer
11. setitik dua pewarna merah
12. Air rebusan daging
13. Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan Sayur A


lada benggala kuning tu hitam-hitam, makngoh main amik je di market.
Lain kali kena cek betul-betul

1. Brokoli (nak cantik cari yang hijau tua)
2. Carrot dipotong panjang-panjang.
3. putik jagung dibelah
4.


Bahan-bahan B
1. Bawang besar dihiris
2. Lada bengala dihiris
3. Lada merah dihiris
4. Daun limau purut
5. Tomato




Cara membuat -:
1. Daging batang pinang direbus. Apabila sudah mendidih, simpan semangkuk air rebusan daging.

2. Kemudian teruskan rebus daging hingga empuk bersama pewarna merah. Toskan daging tersebut dan barulah dipotong-potong lebar.


3. Tumiskan bawang putih hingga garing, kemudian masukkan bawang merah dan tumis lagi.

4. Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan dan sedikit kicap. Tumis lagi. Masukkan air rebusan daging yang telah disimpan supaya sedikit cair.

5. Masukkan serai, lada sulah, lada hitam dan serbuk Pati Ayam Knorr. Gaul sebati.

6. Masukkan daging tadi dan gaul lagi. Tambah lagi air rebusan daging jika sosnya pekat.

7. Masukkan garam dan gula. Gaul lagi.

8. Masukkan sayur-sayur pada bahan A. Kacau sebati.

9. Tutup api. Masukkan bahan B dan gaul sebati.

10. Siap sudah bah!



telor tu saja-saja makngoh letak.... haha...selain tu makngoh tabur kismis gak.

Siap sudah, 2 bekas. Satu untuk bahagian guru lelaki, satu untuk bahagian guru perempuan.
p/s : nama resepi gila glemer...haha

2 ulasan:

  1. mokngoh nok sruh teliur sokmo nah. mano siro pise nyo?

    BalasPadam
  2. assalam .. makngoh sedak nye .. izinka koi cuba resepi nie yak .. terime kasih :)

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!