Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 1 Ogos 2010

Asal Usul Bendera Malaysia

Salam petang semua. Tahukah anda hari ini 1hb Ogos 2010? Mesti anda tahu kan... Tahukah anda hari ini 20 Sya'ban 1431 H mesti jugak anda tahu kan?



1hb Ogos juga bermakna kita berada di bulan kemerdekaan. Walaupun kita semua bersemangat dan tidak sabar menunggu tibanya Ramadhan, jom kita hayati juga bulan kemerdekaan negara kita.



Ceritanya begini ye kanak-kanak semua. Pada tahun 1948, Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk dan masyarakat beserta pemimpin berpendapat bahawa elok sekiranya diadakan sebuah bendera sebagai lambang kepada kewujudan persekutuan tersebut.



Maka, satu pertandingan merekacipta bendera telah dianjurkan di peringkat kebangsaan. Pertandingan tersebut dikelolakan oleh satu Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan pada bulan Mei 1948 dan pengerusinya adalah Sir Alec Newboult.



Pada 15/11/1949, jawatankuasa ini telah terima 373 rekabentuk bendera. Daripada itu, hanya 3 rekaan sahaja yang disenaraikan pendek dan dikemukan ke Majlis Perundangan Persekutuan. Daripada 3 rekaan itu pula, satu rekaan telah dipilih iaitu di bawah -:
Rekaan bendera di atas adalah oleh Mohamed bin Hamzah, arkitek dari JKR Johor. Pada asalnya, bulan sabit dan bintang berwarna putih tetapi atas cadangan Sultan Kedah dan persetujuan Raja-Raja Melayu yang lain, warna tersebut ditukar menjadi warna kuning bagi melambangkan warna diraja.

Pada 26 Mei 1950, buat kali pertamanya bendera itu dikibarkan di Istana Sultan Selangor di Kuala Lumpur dan dihadiri oleh sultan, menteri besar negeri dan wakil-wakil sultan.

Apabila negara mencapai kemerdekaan, sekali lagi upacara rasmi menaikkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu diadakan tepat pada 12.01 malam 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor. Bendera ini dinaikkan oleh Tahir bin Abdul Majid diiringi lagu kebangsaan iaitu lagu Negaraku yang pertama kali diperdengarkan umum.

Pada 31 Ogos 1997 jam 11.58 malam, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad telah mengistiharkan nama bendera Malaysia sebagai Jalur Gemilang.

Kalau ada pelajar sekolah atau bukan pelajar sekolah yang mahu memahami maksud lambang dan warna pada Jalur Gemilang, anda dengarlah lirik lagu Jalur Gemilang ciptaan Pak Ngah dan senikata oleh Siso. (tiada kaitan di antara pak ngah ini dengan mak ngoh yer)



merah membara semangat waja
putihmu bersih budi pekerti
kuning berdaulat payung negara
biru perpaduan kami semua

1 ulasan:

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!