Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Rabu, 4 Ogos 2010

Ekoran Video Pelajar Sarawak Maki Hamun dan Tumbuk Guru > Guru yang bersalah bukan pelajar

Fakta Video
~Dirakamkan oleh rakan pelajar yang maki hamun guru tersebut.
~Pelajar yang maki hamun guru tu berumur 15 tahun dan di Form 3
~Kejadian itu berlaku 3o Julai 2010 di sebuah sekolah menengah di Sarawak


NAMUN makngoh mahu tegaskan di sini, bukan semua pelajar di MALAYSIA ini kurang ajar dan perlu dikenakan tindakan disiplin. Entri makngoh bukan mahu mengutuk bahawa semua pelajar Malaysia kurang ajar. Apa yang patutnya, pelajar yang TELAH melakukan kesalahan dan kurang ajar ITU perlu dikenakan tindakan. Bukannya dibela dan dimaafkan. Tindakan sebegini boleh memberi tauladan kepada pelajar lain. TEtapi kalau pelajar sebegini dibela, makinlah naik tanduk pelajar-pelajar lain. GURU TIADA KUASA!

Ekoran video yang tersebar meluas di Youtube dan ramai yang muatturun video tersebut, maka MEMAKSA PIHAK Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan BERSUARA -:

Dalam pandangan tulus ikhlas pihak NUTP tersebut mengatakan bahawa-:

1. Tayangan video kurang empat minit itu tidak menggambarkan tahap disiplin keseluruhan pelajar di negara ini dan menyifatkan kejadian berkenaan sebagai kes terpencil.
(komen makngoh : kes terpencil kerana kes-kes lain tu guru tak rekod video dan guru tak hebohkan. Ada kes yang guru diamkan sahaja demi masa depan pelajar. Tanyalah, sekolah mana yang tiada kereta guru dirosakkan dan sekolah mana tiada pelajar yang herdik guru?. Betapa rendahnya martabat guru di mata pelajar)

2. Kita tidak boleh membuat andaian mengenai kejadian atau tidak boleh kata masalah disiplin begitu serius. Tidak perlulah kita sensasikan kejadian ini kerana masih banyak lagi kes yang tidak dibincangkan secara mendalam oleh mana-mana pihak.
(komen makngoh : kes apa yang belum dibincangkan secara mendalam? Kes gaji guru dinaikkan? Kes elaun-elaun guru? Apa guna guru ditabur dengan gaji dan elaun tinggi kalau setiap hari berdepan dengan pelajar kurang ajar yang mencabar nilai seorang guru. Adakah guru dibayar untuk diherdik dan dimaki hamun oleh pelajar yang semestinya pelajar itu dibela di mata masyarakat. Guru tidak mahukan gaji yang melimpah ruah, guru perlukan penghormatan di mata masyarakat)

3. Kita tidak tahu kejadian itu sepenuhnya apa yang kita nampak pelajar marah dan kemudian menumbuk guru berkenaan. (komen makngoh : walau apapun kejadian sebenar, seorang pelajar tidak boleh meninggi suara dan memukul guru. Itu adab seorang pelajar yang harus dipatuhi dan diamalkan. Namun pelajar ini, tidak beradab kerana dia tahu,,, dia takkan disalahkan oleh masyarakat)

4. Beliau meminta guru sebagai orang yang lebih dewasa dan banyak pengalaman memainkan peranan masing-masing untuk mengawal dan meredakan kemarahan pelajar terbabit.
(komen makngoh : guru lebih dewasa jadi guru kenalah sentiasa mengalah dengan pelajar? Maknanya guru bersabar dan diam sahaja bila dimaki hamun oleh pelajar? Bila ditumbuk, guru diamkan sahaja kerana guru lebih dewasa? Mengapa tidak amalkan prinsip, pelajar lebih muda dari guru...pelajar kena hormati guru.

5. Saya difahamkan pelajar itu berusia 15 tahun dan berada di Tingkatan Tiga dan dalam usia sebegini kita tahu mereka cepat marah… cepat bertindak.
(komen makngoh : usia cepat marah dan cepat bertindak? mengapa pula pelajar tingkatan 3 yang lain boleh mengawal marah dan mengapa pelajar tersebut diberi pengecualian dengan mengatakan mereka cepat marah dan cepat bertindak? Orang tua pun cepat marah dan cepat bertindak. Semuanya manusia.

6. Bagaimanapun, guru perlu menggunakan pengalaman mereka untuk mengawal keadaan.
(komen makngoh : Asyik-asyik guru juga. Guru kena guna pengalaman sendiri. Mengapa pelajar tak guna ajaran ibubapa supaya lebih menghormati guru? Atau ibubapa yang tidak ajar anak supaya hormat guru?

APA YANG MAKNGOH FAHAM DARI PENYATAAN NUTP INI, PIHAK NUTP MEMBELA PELAJAR TERSEBUT DAN MENYALAHKAN GURU YANG TIDAK PROFESIONAL DALAM MENANGANI KES PELAJAR KURANG AJAR.

SELAIN ITU, PIHAK GURU JUGA DIHEBOHKAN DENGAN CERITA YANG KONONNYA PIHAK NUTP MENYALAHKAN GURU TERSEBUT YANG TIDAK MESRA - PELAJAR.


Kalau NUTP selaku badan persatuan guru pun tidak mampu membela guru dan seperti ibubapa menyalahkan guru, pada siapalah guru nak mengadu?
MAK NGOH MASIH PUNYA HARAPAN BAHAWA KEMENTERIAN PELAJARAN TERUTAMANYA YB DOKTOR MOHD PUAD ZARKASHI (TIMBALAN MENTERI PELAJARAN) MEMBERI RESPON YANG POSITIF
UNTUK PIHAK GURU.

Siapa yang belum tengok lagi video panas itu boleh klik di sini
nutp = kesatuan perkhidmatan pelajar kebangsaan???

3 ulasan:

  1. boleh pulak kan macam tu NUTP ni.kalau dah nak biar budak tu tumbuk cikgu tak ke lama-lama nanti semua student boleh naik kepala semua pakat nak tumbuk cikgu.lepas tu cikgu takyah lawan.dah kalo kira dari segi adab moral pun yang muda kena hormat yang tua.walaupun yang dewasa bt salah tak semestinya yg muda boleh sesuka hati hayun tgn.hamboi hamboi sedap kan bebudak skg ni.aigooo boleh pengsan baca penerangan NUTP ni.huhu~

    BalasPadam
  2. sizuka...boleh rujuk Berita Harian utk berita penuh mengenai komen NUTP ni :)

    BalasPadam
  3. tak jumpa lagi maklum balas dari blogger yang bekerja sbg guru komen tentang nie...

    tapi NUTP macam tak amik tau perasaan seorang cikgu...

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!