Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Sabtu, 21 Ogos 2010

Firaun mati awal sebab dia anak sumbang mahram

wajah Firaun Tutankhamun yang dihasilkan dengan menggunakan teknik membina semula muka daripasa imbasan mumianya oleh pasukan pakar dari Perancis.


KAHERAH - Kematian mengejut Firaun Tutankhamun pada usia 19 tahun didapati berpunca akibat tubuhnya yang lemah kerana dia dilahirkan hasil daripada hubungan sumbang mahram melibatkan keturunannya, kata beberapa saintis.

Sejak bertahun-tahun lalu, pakar-pakar cuba membongkar misteri kuno mengapa firaun remaja berkenaan yang memerintah Mesir selama 10 tahun meninggal dunia sebelum usianya mencecah 20 tahun.

Namun, kini sepasukan penyelidik dengan bantuan mesin pengimbas tomografi paksi berkomputer (CT), ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan maklumat arkeologi, mempercayai nasib yang menimpa Firaun Tutankhamun yang turut dikenali sebagai Tut adalah kerana ibu bapanya merupakan pasangan adik-beradik.

Ujian DNA membuktikan bapa Firaun Tut meniduri salah seorang daripada lima adik-beradik perempuannya sekali gus menyebabkan tubuh anaknya mewarisi gen berbahaya yang melemahkan daya ketahanan badan di samping boleh mengancam nyawanya.

Keadaan serupa dapat dikesan dalam kalangan zuriat yang lahir hasil perbuatan sumbang mahram.

Sebelum ini, Firaun remaja itu dipercayai meninggal dunia akibat kemalangan dan penyakit. - Agensi

ambil dari sini

4 ulasan:

  1. sapa staro tuh mokngoh kaji deh...baguh2

    BalasPadam
  2. Sbb tu la tak digalakkan kahwin even dengan saudara yang terdekat, zuriat tak berkembang~~

    BalasPadam
  3. yer tu...kena kawin dgn org jauh2 yg tiada ptalian darah...baru genetik bkembang:)

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!